MALAYSIA
Syor supaya pelajar balik kampung lapor kepada pihak universiti akan diteliti - Zambry

Zambry berkata, semua perincian berkenaan akan diumumkan oleh pihak universiti masing-masing dalam masa terdekat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelajar universiti yang ingin pulang ke kampung halaman akan dikawal lebih ketat termasuk keperluan untuk melaporkan setiap pergerakan mereka kepada pihak institusi.
Ringkasan AI
- Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, menyarankan pelajar universiti melaporkan pergerakan pulang kampung kepada institusi sebagai langkah keselamatan.
- Semua Naib Canselor diarahkan memastikan kenderaan pelajar selamat dan mempunyai insurans sewajarnya sebelum perjalanan pulang dilakukan.
- Susulan nahas bas membabitkan 15 pelajar UPSI di Gerik, kementerian akan mengadakan perbincangan bersama agensi berkaitan untuk mempertingkatkan ciri keselamatan perjalanan pelajar.
“Itu antara cadangan dikemukakan tetapi kita perlu juga ambil semua aspek terutama keadaan kenderaan itu haruslah selamat termasuk polisi insurans dan sebagainya, itu antara yang akan kita bincangkan,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Beliau menambah, semua perincian berkenaan akan diumumkan oleh pihak universiti masing-masing dalam masa terdekat.
Susulan nahas bas yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Isnin, Zambry berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua kementerian berkaitan bagi penambahbaikan ciri keselamatan dari setiap aspek.
Pada Isnin, negara dikejutkan dengan nahas yang mengorbankan 15 pelajar UPSI apabila bas yang disewa khas dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 53 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami