awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

T. Mohan, Aknan dilantik semula sebagai Senator

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/12/2020
04:47 MYT
T. Mohan, Aknan dilantik semula sebagai Senator
T. Mohan (kiri) dan Aknan a/l Ehtok mengangkat sumpah sebagai Senator untuk tempoh tiga tahun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Dua ahli Dewan Negara, Datuk T. Mohan dan Aknan a/l Ehtok hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator untuk tempoh tiga tahun.
Upacara itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim kira-kira pukul 11 pagi, Selasa.
Kedua-dua Naib Presiden MIC dan Presiden Persatuan Siam Malaysia itu dilantik semula bagi penggal kedua sehingga tahun 2023.
Mohan ketika ditemui pemberita selepas upacara itu berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran atas perlantikan semula itu.
"Menerusi pelantikan ini, saya percaya saya akan buat lebih lagi kepada masyarakat,” katanya.
Beliau yang juga Naib Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkata, akan terus memberi tumpuan khas kepada soal keselamatan dan kesihatan terutamanya ketika negara dilanda COVID-19.
Sementara itu, Aknan berkata beliau akan terus memperjuangkan nasib golongan keturunan Siam di Malaysia.
Menurutnya, masyarakat Siam masih lagi ketinggalan dalam pelbagai bidang.
"Saya mahu kerajaan memberi perhatian kepada masyarakat Siam untuk membangun bersama-sama rakyat Malaysia yang lain dari segi bantuan pendidikan, modal, keusahawaan dan sebagainya.
"Bantuan-bantuan ini akan membantu mereka untuk melangkah ke hadapan sepantas masyarakat yang lain," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#senator
#lantikan semula
#Parlimen
#MIC
#Siam
#T Mohan
#Aknan a l Ehtok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan