HANGZHOU: Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari telah menunjukkan ketabahan dan tekad dalam acara final perseorangan untuk meraih pingat emas keduanya pada temasya Sukan Asia Hanghou 2022, di sini, hari ini.
Pemain berusia 24 tahun itu terpaksa melalui pertarungan sengit selama lebih sejam untuk menundukkan Chan Sin Yuk dari Hong Kong dengan keputusan 8-11, 15-13, 10-12, 11-9, 12-10, sekali gus menunjukkan ketahanan mental yang lkuat dan esuatu yang jarang ditemui dalam kalangan generasi atlet masa kini.
Bercakap kepada wartawan selepas menjadi pemegang pingat emas berganda itu, berkata kemalangan jalan raya yang mengerikan tahun lalu menyebabkan kecederaan kepala dan tulang belakang (C1) telah membantu memperkuatkan mentalnya dan meningkatkan semangat bertarung untuk menghadapi cabaran di dalam dan di luar gelanggang.
Sivasangari juga memenangi pingat emas dalam acara berpasukan wanita.
"Saya telah meningkatkan kekuatan mental dan itu merupakan faktor kelebihan berbanding dengan lawan atas kejayaan dalam acara perseorangan ini.
"Saya juga merasa tekanan kerana menjadi Pembawa Jalur Gemilang pada upacara perasmian temasya sukan ini dan ia satu penghormatan. Saya bangga untuk menyumbang pingat emas kepada negara.
"Saya tidak dapat menggambarkan perasaan ini selepas berjaya menukar warna pingat kepada emas daripada perak dan gangsa pada edisi lalu.
"Ini sangat emosional... Bagi saya, usaha keras sentiasa menjadi kunci kejayaan. Tahun lalu, saya berfikir, jika saya boleh kembali bermain lagi tetapi saya tidak pernah menjangkakan diri saya untuk membolot emas berganda. Selepas mengalami detik hitam itu, saya mendapat peluang kedua dan untuk kembali semula, " katanya.
Pemain ranking ke-37 dunia itu juga mendedahkan bahawa beliau telah bekerja dengan seorang jurulatih khusus dalam bidang psikologi untuk memperkuatkan keyakinan dan mindanya.
Sivasangari atau lebih mesra disapa dengan panggilan Sangari, beliau mendedikasikan pencapaian ini kepada keluarganya serta jurulatih kebangsaan, Ajaz Azmat dan David Palmer di Universiti Cornell di Amerika Syarikat atas kepercayaan dan bantuan mereka dalam proses pemulihannya.
Selepas upacara penyampaian hadiah, beliau segera bergegas ke Perkampungan Sukan untuk mengemas begnya dan berlepas ke Amerika Syarikat (AS) malam ini untuk menyertai Kejohanan Terbuka AS yang akan bermula Sabtu ini.
Sabtu lalu, Sivasangari bersama-sama Rachel Arnold, Aifa Azman dan Aira Azman memenangi emas acara berpasukan selepas menewaskan juara bertatan, Hong Kong 2-1 pada perlawanan akhir.
Skuad skuasy negara mengharungi cabaran Sukan Asia kali ini dengan menyumbang tiga pingat emas dan masing-masing satu perak dan gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023
"Saya telah meningkatkan kekuatan mental dan itu merupakan faktor kelebihan berbanding dengan lawan atas kejayaan dalam acara perseorangan ini." - Bernama
Kastam Melaka tumpaskan penyeludupan minuman keras, rokok hampir RM12.8 juta
JKDM Melaka menumpaskan dua kegiatan penyeludupan minuman keras dan rokok pelbagai jenama melibatkan rampasan bernilai hampir RM12.8 juta termasuk cukai di sekitar Johor pada Februari dan Mei.
10 Berita Pilihan - (30 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemantapan kerangka insurans sosial negara meliputi pembangunan individu, negara - PM
Pemantapan kerangka insurans sosial negara tidak hanya berasaskan pekerjaan sebaliknya turut meliputi pembangunan individu dan negara secara lebih menyeluruh.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Pesta Kaamatan serta Hari Gawai yang disambut hari ini dan esok mempamerkan kemajmukan masyarakat Malaysia kepada dunia.
Boikot syarikat berkaitan Israel walaupun produk ditawarkan terbaik dalam industri – CEO YADIM
Prinsip boikot terhadap Israel adalah jelas iaitu memboikot semua entiti yang ada kaitan dengan Israel secara keseluruhan.
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pergerakan di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Pesta Kaamatan: Tempahan dan sewa pakaian tradisi jadi tumpuan
Setiap kali menjelang perayaan Pesta Kaamatan, para peniaga pakaian tradisi sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli selain menyewa baju tradisi untuk digunakan pada majlis yang diadakan.
Pelaburan Google buka ruang limpahan ekonomi pelbagai sektor di Malaysia - Penganalisis
Pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google akan membuka ruang kepada sektor lain untuk menerima manfaat.
Polis serbu pusat hiburan disyaki jalankan kegiatan judi
Serbuan itu dilakukan bersama-sama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan selepas memperoleh waran geledah.
Uniknya sub etnik Dusun Tatana
Mungkin masih ramai yang belum mengenali kepelbagaian sub etnik yang wujud dalam suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, dan Rungus (KDMR) di Sabah.
Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon
Kesebelasan utama Kim Pan-gon mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat sukan yang menuntut agar dia tidak bereksperimen berdepan Bahrain.
Nur Syaiful penerima tertinggi SHAKAM
Beliau yang meraih masing-masing satu pingat emas dan gangsa membawa pulang insentif berjumlah RM110,000.
Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters
Letshanaa berkata bersaing di acara berprestij seperti Sukan Asia telah memainkan peranan penting dalam perkembangannya sebagai pemain.
Hoki Piala Dunia Remaja: KHM sasar skuad negara layak ke suku akhir
Skuad hoki remaja negara diberikan sasaran mara ke suku akhir menjelang Piala Dunia yang bakal bermula 5 Disember ini.
Sukan Asia: Selamat tinggal Hangzhou, jumpa di Aichi-Nagoya 2026
Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya apabila China mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 12,000 atlet dari 45 negara dalam upacara gemerlapan, di sini, malam ini.
Sukan Asia: Pengorbanan Arif tambah kilauan emas bagi Malaysia
Atlet berusia 23 tahun itu berjaya menundukkan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan 10-4.
Sukan Asia: Joe Ee beraksi di final dalam kesakitan
Atlet gimrama negara Ng Joe Ee beraksi dalam keadaan menahan kesakitan di belakang badan dan buku lali kiri ketika menduduki tempat ke-11 pada pusingan akhir acara individu all-around Sukan Asia Hangz
Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam kini mengalihkan tumpuan untuk 'memburu' mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak
Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.
Sukan Asia: Prannoy sekat Zii Jia ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, gagal dalam misi memburu pingat pertama dalam temasya Sukan Asia selepas tersingkir di pusingan suku akhir, di Hangzhou.