Tabung Haji (TH) kini memfokuskan kepada persiapan operasi masyair untuk jemaah Malaysia meliputi aspek pengurusan, logistik, perubatan dan ibadat, menjelang lima hari lagi untuk berwukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah atau 23 Sept ini.
Jemaah haji Malaysia turut diberikan sokongan moral dan kaunseling agar mereka kembali fokus untuk pelaksanaan ibadat haji selepas berlakunya tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 Sept lepas yang mengorbankan lebih 100 jemaah termasuk lima jemaah dari Malaysia setakat ini.
Pengurus Ibadat TH Shahrul Azam Noorzeli berkata TH mengadakan enam siri ceramah dan dua siri taklimat berkenaan operasi masyair di maktab-maktab penginapan mereka.
"Ceramah dan taklimat yang diberikan lebih kepada sesi ulangkaji, jemaah telah pun diberikan taklimat serupa semasa sebelum ke Tanah Suci. Ceramah dan taklimat masyair ini diharap dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka dan lebih bersedia dan tabah untuk menjalani ibadat haji nanti," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Ahmad Faudzi Yusoff berkata jemaah haji diminta menekankan penjagaan kesihatan mereka menjelangnya hari wukuf nanti, dengan mengurangkan aktiviti luar, selain meminum air yang banyak berikutan cuaca panas di Tanah Suci ketika ini yang melebihi 40 darjah celsius.
-
"Pusat rawatan Tabung Haji di Syisya dan pusat-pusat kecemasan TH di maktab-maktab penginapan beroperasi 24 jam bagi merawat jemaah yang tidak sihat. Kami juga sediakan perkhidmatan ambulans untuk menghantar jemaah haji yang memerlukan rawatan lanjut ke hospital kerajaan Arab Saudi," katanya.
Berkenaan operasi masyair, beliau berkata pihaknya juga menyediakan perkhidmatan ambulans untuk membawa jemaah haji Malaysia yang sakit untuk berwukuf nanti.
"Sekiranya pada hari wukuf nanti, terdapat jemaah haji yang sakit, kita akan membawa mereka untuk berwukuf di Arafah. Pegawai ibadat Tabung Haji juga akan bersama pesakit bagi memberikan penerangan berkenaan pelaksanaan ibadat itu," katanya.
Sementara itu Pengurus Maktab 86, Mustafa Kamal Abdul Latif berkata setiap maktab kini mula memberikan taklimat berkenaan operasi masyair.
"Ceramah dan taklimat sedemikian akan lebih mudah dan berfokus. Jemaah diminta mengikuti garis panduan yang ditetapkan meliputi jadual pergerakan bas mereka ke Arafah, taklimat berkenaan penginapan mereka semasa wukuf, barangan yang perlu dibawa dan persiapan barangan peribadi yang perlu," katanya.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman sebelum ini memaklumkan bahawa jemaah haji Malaysia dijadual memasuki Arafah pada 8 Zulhijjah dengan menggunakan bas.
"Jemaah haji akan berada di Arafah sehingga 9 Zulhijjah (pada malam 9 Zulhijjah), jemaah akan bergerak ke Muzdalifah. Pada 10,11 dan 12 Zulhijjah, jemaah akan berada di Mina untuk ibadat melontar," katanya.
Lebih 2,000 khemah telah dipasang di Arafah bagi menempatkan lebih 22,000 jemaah haji Malaysia dan setiap khemah akan menempatkan 12 jemaah haji.
Bernama
Fri Sep 18 2015
Lebih 2,000 khemah telah dipasang di Arafah bagi menempatkan lebih 22,000 jemaah haji Malaysia dan setiap khemah akan menempatkan 12 jemaah haji. - Gambar Fail
Kerajaan negeri diseru pinda enakmen berkaitan hutan, masukkan kaedah penyiasatan awam
Semua kerajaan negeri diseru untuk melaksanakan pindaan terhadap enakmen berkaitan hutan negeri masing-masing dengan memasukkan kaedah penyiasatan awam,
Bilangan ahli UMNO bertambah walaupun selepas pemutihan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, bilangan ahli parti itu semakin bertambah biarpun selepas melakukan langkah pemutihan melibatkan ahli-ahli yang telah meninggalkan parti itu.
Ketakutan kepada PAS, faktor PN tak dapat undi bukan Melayu
Bagaimanapun, Hisomuddin berkata kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di Kuala Kubu Baharu tidak boleh disimpulkan dengan naratif bahawa orang Melayu 'kembali' menyokong gabungan berkenaan.
UMNO kian kukuh, keahlian terus bertambah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti pimpinannya itu kian kukuh, di sebalik pelbagai tohmahan dilontarkan pihak tertentu.
Terengganu FC menang, tetapi Steinbrukner tidak puas hati prestasi
Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC pada perlawanan pembukaan liga super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu.
Permulaan kebangkitan Syafiq Ahmad
Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad bertekad untuk menampilkan persembahan lebih tajam supaya dapat kembali membarisi skuad Harimau Malaya.
Hari Ibu di Gaza: Kehilangan, pemindahan dan kelaparan
Dalam khemah yang serba daif, para ibu Palestin terpaksa menanggung tragedi yang tidak terungkap di kawasan Al-Mawasi yang bukan
Bantuan psikologi kepada Faisal, keluarga
Selangor FC telah melakukan perbincangan dengan pihak hospital dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk memberikan bantuan psikologi terhadap Faisal Halim bagi menangani trauma akibat insiden simbahan asid terhadap pemain itu baru-baru ini.
Bekas bintang Everton, Tim Cahill kunjungi fasiliti, stadium JDT
Bekas bintang Australia, Tim Cahill, mengunjungi fasiliti kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim dan Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam.
Tular kes seludup di Forest City, kastam sahkan video lama
Jabatan Kastam menafikan berlaku aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai di Forest City seperti video tular di media sosial.
Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama
Hasrat penyanyi dan pengacara Alif Satar dan penyanyi Faizal Tahir untuk menunaikan ibadah haji bersama akhirnya tercapai apabila mereka kini sama-sama berada di Tanah Suci.
Jemaah haji bergerak ke Arafah Isnin ini
Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah, Isnin ini untuk menjalani ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada Selasa, 9 Zulhijjah (27 Jun).
Arafah #QuranHour mengangkat Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan program Arafah #QuranHour : Haji membina Ummah sempena Hari Wukuf, 9 Julai ini.
Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah
Seramai 14,306 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah hari ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Aidiladha: 12 Julai cuti kelepasan am bagi Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan memberi cuti kelepasan am pada Selasa ini (12 Julai) sebagai cuti gantian sempena sambutan Aidiladha.
Haji: Ibadah wukuf berjalan lancar, selamat
Seramai 60,000 jemaah yang menunaikan ibadah haji tahun ini tetap berpeluang mengikuti khutbah Hari Arafah secara langsung.
[KOLUMNIS] Bersama pelihara kesucian masjid dan surau daripada dicemari kluster baharu
TIADA perkara yang lebih besar selain dari rasa syukur yang teramat sangat ke hadrat Ilahi setelah selesai menunaikan solat Jumaat secara berjemaah di masjid pada Jumaat yang lepas.
Wukuf di Arafah dalam kelaziman baharu
Kali ini, hanya sebilangan kecil jemaah haji sahaja dibenarkan untuk ambil bahagian menunaikan ibadah itu.
TH sedia 60,000 pek makanan untuk jemaah haji di Arafah, Mina
Pek makanan itu akan memudahkan operasi penyediaan makanan untuk jemaah haji kerana ia hanya perlu dipanaskan selama 10 minit tanpa perlu menyediakan dapur lengkap dengan petugas untuk memasak.
Para jemaah menuju ke penghujung ibadat haji
Melihat jemaah haji lelaki mencukur rambut dan tidak lagi memakai kain ihram, memberi isyarat bahawa ibadat haji sedang menuju ke penghujungnya.