awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai Minnesota dakwa FBI halang siasatan kes tembakan ejen ICE
Mayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahan Shah Alam
Ahli politik maut ditembak di ibu negara Bangladesh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Haji tidak dikuasai bukan Islam - Muhyiddin

Bernama
Bernama
14/07/2020
08:58 MYT
Tabung Haji tidak dikuasai bukan Islam - Muhyiddin
Kedudukan terkini aset TH pada 30 Jun 2020 seperti yang diumumkan dalam laporan prestasi TH setengah tahun pertama 2020 adalah berjumlah RM78 bilion. - BERNAMA
Lembaga Tabung Haji (TH) kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1.9 billion dan tidak dikuasai orang bukan Islam, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kedudukan terkini aset TH pada 30 Jun 2020 seperti yang diumumkan dalam laporan prestasi TH setengah tahun pertama 2020 adalah berjumlah RM78 bilion.
"Selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH, aset-aset yang kurang berdaya saing telah dipindahkan kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang dimiliki penuh oleh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
"Oleh yang demikian, TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam," kata perdana menteri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Muhyiddin berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Mujahid Yusof (PH-Parit Buntar) yang bertanya mengenai kedudukan aset terkini Tabung Haji serta adakah kerajaan terdahulu telah menjual banyak aset TH dan membiarkan TH dikuasai oleh orang bukan Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Islam
#kerajaan
#MKD
#rakyat
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan