Skip to main content

Malaysia

Sekolah di Melaka, Selangor, N.Sembilan, tiga daerah Pahang beroperasi esok

Murid digalakkan memakai pelitup muka dan ibu bapa boleh tidak menghantar anak ke sekolah jika bimbang kesihatan, dengan memaklumkan kepada pihak sekolah. -Gambar fail/Bernama
Murid digalakkan memakai pelitup muka dan ibu bapa boleh tidak menghantar anak ke sekolah jika bimbang kesihatan, dengan memaklumkan kepada pihak sekolah. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Semua institusi pendidikan di Melaka, Selangor, Negeri Sembilan serta Kuantan, Rompin dan Bentong, Pahang beroperasi seperti biasa esok, namun aktiviti luar ditangguhkan.
  • Murid digalakkan memakai pelitup muka dan ibu bapa boleh tidak menghantar anak ke sekolah jika bimbang kesihatan, dengan memaklumkan kepada pihak sekolah.
  • Kementerian Pendidikan melanjutkan tarikh akhir pengisian markah pentaksiran sekolah akibat gangguan jerebu, termasuk UASA, PAT/PASA dan PAJSK.

KUALA LUMPUR: Semua institusi pendidikan di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan serta di Kuantan, Rompin dan Bentong, Pahang beroperasi seperti biasa esok, namun semua aktiviti luar ditangguhkan susulan keadaan jerebu.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) MELAKA memaklumkan murid hadir digalakkan memakai pelitup muka, manakala ibu bapa atau penjaga yang bimbang tentang kesihatan anak dibenarkan tidak menghantar mereka ke sekolah dengan syarat memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.

"Pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) daripada Jabatan Alam Sekitar serta memberikan perhatian khusus kepada murid yang berisiko tinggi,” menurut kenyataan itu.

Di SELANGOR, JPN negeri itu turut memaklumkan sekolah beroperasi seperti biasa, namun aktiviti luar ditangguhkan dengan murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka.

JPN Selangor turut menasihatI orang ramai supaya merujuk saluran rasmi atau pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini, selain mengingatkan pentadbir sekolah supaya memantau bacaan IPU serta memberi perhatian kepada murid berisiko tinggi.

Di NEGERI SEMBILAN, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memaklumkan semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di negeri itu turut akan beroperasi seperti biasa, esok.

"Murid-murid disarankan memakai pelitup muka, khususnya mereka yang mengalami gejala pernafasan atau tergolong dalam kumpulan berisiko," menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, di PAHANG, JPN menerusi hantaran di Facebook memaklumkan sekolah di Kuantan, Rompin dan Bentong beroperasi esok, namun semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan.

“Bagi daerah lain sekolah beroperasi seperti biasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing,” menurut hantaran itu.

Dalam perkembangan berkaitan, KPM mengumumkan pelanjutan tempoh pengisian markah bagi beberapa pentaksiran persekolahan dalam Sistem Pengurusan Pendidikan Bersepadu (MOEIS) susulan gangguan sesi persekolahan dan pelaksanaan pentaksiran akibat jerebu di beberapa kawasan.

Tarikh akhir pengisian markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PAT/PASA) dilanjutkan selama seminggu, daripada 21 Nov kepada 28 Nov ini, manakala pengisian markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilanjutkan daripada 30 Nov kepada 5 Dis ini.

-- BERNAMA

 

 

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah status operasi institusi pendidikan di Melaka, Selangor, Negeri Sembilan serta Kuantan, Rompin dan Bentong, Pahang esok? 
    A: Semua institusi pendidikan di kawasan tersebut akan beroperasi seperti biasa esok, namun semua aktiviti luar ditangguhkan akibat jerebu.
  • Q: Apakah langkah yang disarankan kepada murid dan ibu bapa berkaitan jerebu? 
    A: Murid digalakkan memakai pelitup muka, dan ibu bapa yang bimbang tentang kesihatan anak dibenarkan tidak menghantar mereka ke sekolah dengan syarat memaklumkan kepada pihak sekolah.
  • Q: Apakah arahan kepada pihak pentadbir sekolah berkaitan pemantauan jerebu? 
    A: Pentadbir sekolah diarahkan sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dan memberi perhatian khusus kepada murid yang berisiko tinggi.
  • Q: Bagaimana dengan operasi sekolah di daerah lain di Pahang selain Kuantan, Rompin dan Bentong? 
    A: Sekolah di daerah lain di Pahang beroperasi seperti biasa, dan sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.
  • Q: Apakah perubahan berkaitan tarikh akhir pengisian markah pentaksiran sekolah akibat jerebu? 
    A: Tarikh akhir pengisian markah UASA dan PAT/PASA dilanjutkan dari 21 November kepada 28 November, manakala markah PAJSK dilanjutkan dari 30 November kepada 5 Disember.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement