PUTRAJAYA: Satu cadangan untuk memperkenalkan tabung pecutan bumiputera bagi memacu serta melonjakkan lagi syarikat ke tahap lebih tinggi dikemukakan pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp Malaysia) Datuk Dr Hafsah Hashim berkata tabung itu antara cadangan dikemukakan 970 peserta sepanjang sesi libat urus kumpulan Daya Saing Perusahaan Bumiputera sempena KEB.
Beliau berkata melalui pengenalan tabung itu, syarikat bumiputera besar perlu menyumbang satu peratus daripada keuntungan syarikat kepada tabung dan akan diberi pelepasan cukai korporat.
"Kami ajak usahawan bumiputera yang jutawan pada setiap tahun mereka letakkan atau sumbangkan satu peratus keuntungan kepada tabung ini.
"Kami minta kepada kerajaan beri pengecualian cukai dan minta kerajaan bagi dana padanan. Kalau dalam tabung pecutan transformasi bumiputera ada RM10 juta, kami minta kerajaan padankan RM10 juta dan jadi RM20 juta," katanya.
Hafsah berkata konsep pengenalan tabung itu telah dibincangkan dengan syarikat bumiputera besar dan kebanyakannya bersetuju dengan penubuhannya.
Sementara itu, Hafsah turut mencadangkan agar kerajaan mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi membanteras ekonomi hitam dan isu kartel.
"(Cadangan) disampaikan kepada sekretariat supaya kerajaan tengok kembali sama ada GST ini adalah lebih baik dan boleh dikembalikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) (ketika ini,)" katanya.
Selain itu, beliau menggesa usahawan bumiputera supaya meningkatkan tahap kemahiran usahawan bumiputera melalui penguasaan kecerdasan buatan (Al), Block Chain Technology, Meta Verse dan Big Data Analytics.
"Usahawan juga digalak cenderung dalam ekonomi GIG untuk mendaftarkan perniagaan mereka supaya dapat akses kepada pembiayaan dan syarikat dapat berkembang dengan cepat," katanya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucaptama KEB 2024 mencadangkan pelaksanaan Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB) sebagai satu dasar untuk mengorak langkah ke hadapan.
KEB 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, diadakan bagi menetapkan hala tuju, dasar dan pendekatan baharu agenda pemerkasaan bumiputera.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Dr Hafsah berkata, tabung itu antara cadangan dikemukakan 970 peserta sepanjang sesi libat urus kumpulan Daya Saing Perusahaan Bumiputera sempena KEB. - Foto BERNAMA
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
KEB 2024 perlihat agenda perkasakan ekonomi bumiputera tanpa pinggirkan kaum lain
Memberi jaminan bahawa kepentingan kaum lain turut diberi perhatian, Ahmad Zahid berkata mereka juga diberi pelbagai bantuan kerajaan.
PN adalah parti masa depan untuk Malaysia - Muhyiddin
Dasar yang mereka bawa adalah sesuai dengan jati diri dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan masyarakat Bumiputera sebagai penduduk majoriti.
Yakin Kerajaan Perpaduan komited bantu Bumiputera Sabah - Hajiji Noor
Sabah mempunyai aspirasi tinggi bersama rakyat Malaysia menikmati kemakmuran dan kemajuan ekonomi negara.
Kerajaan tidak pertahan badan agensi curang, terlibat projek tidak manfaat Bumiputera
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani tidak akan mempertahan mana-mana badan agensi Kerajaan yang curang.
Kerajaan Sarawak tekad hapus isu kemiskinan rakyat
Kerajaan Sarawak nekad meningkatkan sosio ekonomi serta menghapuskan kemiskinan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Tabung pecutan transformasi bumiputera bantu lonjak syarikat ke tahap tinggi
Tabung itu antara cadangan dikemukakan 970 peserta sepanjang sesi libat urus kumpulan Daya Saing Perusahaan Bumiputera sempena KEB.
Syor penubuhan Pusat Kajian Pembangunan Bumiputera
Pusat itu bertujuan membangunkan pangkalan data Bumiputera, menjalankan kajian, mewujudkan pelantar perbincangan dan advokasi polisi.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Perkara 153: Tak perlu bincang, sedia ada dalam Perlembagaan - PM Anwar
Beliau menjelaskan, tindakan itu termasuk Perkara 153 melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiptera di Sabah dan Sarawak.