awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tag media polis untuk jamin keselamatan

Bernama
Bernama
09/01/2013
11:00 MYT
Tag media polis untuk jamin keselamatan
Hishamuddin bersama Dr Chalerm (kanan) bersalaman ketika berjumpa hari ini.
Langkah memperkenalkan tag media dari polis untuk pengamal media yang akan bertugas semasa perhimpunan yang dianjur pembangkang di ibu negara Sabtu ini merupakan langkah proaktif pihak polis untuk menjamin keselamatan mereka.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ia adalah sesuatu yang dipelajari daripada perhimpunan Bersih yang lalu, semata-mata untuk membolehkan pihak polis mengenal pasti media daripada peserta perhimpunan, tanpa agenda lain.
"Pertimbangan kita yang paling penting adalah keselamatan awam, dan apa jua keputusan yang dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan ia bersandarkan kepada keselamatan dan ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Thailand Dr Chalerm Yoobamrung di sini hari ini.
Hishammuddin bagaimanapun berkata soal keselamatan tidak hanya terletak di bahu pihak polis kerana pihak penganjur dan peserta perhimpunan itu sendiri turut bertanggungjawab atas keselamatan masing-masing.
Beliau berkata PDRM diyakini dapat menjamin keselamatan dan ketenteraman mereka, dengan syarat semua pihak termasuk pihak penganjur realistik dan permintaan mereka munasabah.
"Kali terakhir (Bersih) ia diadakan di jalan raya, bukannya polis yang pergi ke jalan raya. Apabila jaminan diberikan ia akan merupakan perhimpunan aman, ia tidak berlaku," katanya.
Ditanya mengenai tahanan Penjara Pulau Pinang yang meloloskan diri semasa dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth dengan van polis Isnin lepas, Hishammuddin berkata selain mencari mereka yang terbabit, pihak polis juga akan melihat langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.
"Saya percaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan apa juga penambahbaikan, kita tak pernah bantah," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Hishamuddin Hussein
#Perhimpunan Kebangkitan Rakyat
#Tag media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan