awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan ditemui mati dalam lokap

Sinar Harian
Sinar Harian
17/01/2022
02:39 MYT
Tahanan ditemui mati dalam lokap
Seorang suspek lelaki ditemukan mati di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada petang Ahad. -Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang suspek berkait kes pemilikan dadah ditemukan mati ketika berada di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, pada petang Ahad.
Suspek lelaki yang berusia 37 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, suspek sebelum itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sel semasa pemeriksaan rutin berkala yang dilakukan oleh pihak polis.
“Suspek disangkakan tidur dan dikejutkan namun tidak bangun menyebabkan polis menghubungi pegawai perubatan.
“Pegawai perubatan yang tiba dari Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa ke lokap IPD Kota Bharu mengesahkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Beliau berkata, suspek tersebut ditahan pada Sabtu lalu bagi membantu siasatan kes pemilikan dadah mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ujian saringan awal urin suspek sebelum ini didapati positif dadah jenis methamphetamine.
“Suspek berada dalam tempoh tahanan reman sebelum didapati meninggal dunia di dalam sel di IPD Kota Bharu,” katanya.
Tambah beliau, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Pasukan dari Unit Forensik turut memeriksa mayat di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk bedah siasat.
“Siasatan bagaimanapun masih dijalankan dan mayat dijangka menjalani proses bedah siasat itu pada hari ini,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tahanan mati dalam lokap
#Mohd Suhaimi Ali
#Hospital Raja Perempuan Zainab II
#methamphetamine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan