awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan Imigresen lolos: Pelarian Rohingya dilayan dengan baik - Hamzah

Bernama
Bernama
22/04/2022
14:26 MYT
Tahanan Imigresen lolos: Pelarian Rohingya dilayan dengan baik - Hamzah
Kehadiran pelarian etnik Rohingya dilayan dengan baik walaupun Malaysia bukan negara yang menandatangani Konvensyen 1951 berkenaan Status Pelarian ataupun Protokol 1967, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin. - Gambar fail/BERNAMA
SELAMA: Kehadiran pelarian etnik Rohingya dilayan dengan baik walaupun Malaysia bukan negara yang menandatangani Konvensyen 1951 berkenaan Status Pelarian ataupun Protokol 1967, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata sebaliknya atas dasar kemanusiaan, Malaysia telah menyediakan keperluan asas kepada pelarian Rohingya sejak sekian lama walaupun negara jiran menolak untuk berbuat sedemikian malah tiada negara ketiga yang sanggup menerima mereka.
"Mereka mahu kita layan sebagai apa kerana mereka ini adalah pelarian, itu kena faham. Diberikan makan percuma, tempat tinggal juga percuma, jadi layanan apa lagi yang mereka mahukan?"
"Buat masa ini, tidak ada lagi mana-mana negara ketiga yang mahu mengambil mereka. Siapa yang mahu ambil mereka ini? Jika tiada, kita terpaksa tahan dulu," katanya dalam sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Perikatan Nasional Larut di Dewan Majlis Daerah Selama di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan beberapa pihak bahawa kerajaan telah memberikan layanan buruk kepada pelarian dalam tahanan.
Semalam, kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty dilapor menyalahkan kerajaan atas kematian tahanan yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu pada Rabu.
Kumpulan itu mendakwa tiada sebab untuk memadatkan pelarian di pusat tahanan sementara kerana mereka tidak boleh dihantar pulang atas prinsip 'non-refoulment.'
Setakat ini, seramai 432 tahanan etnik Rohingya daripada 528 tahanan yang melarikan diri sudah ditahan semula manakala 96 lagi masih belum ditemukan.
Mengulas lanjut, Hamzah menasihati orang ramai agar tidak panik dengan isu itu kerana mereka yang terlibat bukanlah dalam kalangan pengganas."Saya ingin maklumkan kepada orang kampung supaya janganlah bila tengok orang-orang Rohingya seolah-olah mereka itu adalah penjenayah.
"Mereka adalah pelarian. Kalau rasa nampak seperti orang luar, maklumkanlah secepat mungkin supaya kita dapat tangkap dan masukkan ke pusat tahanan semula," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tahanan imigresen lolos
#etnik rohingya
#Konvensyen 1951 berkenaan Status Pelarian
#Menteri Dalam Negeri
#Hamzah Zainudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan