IPOH: Seorang lelaki warga emas yang ditahan berhubung kes dadah di Jalan Carey di sini pada Sabtu lepas, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata suspek berusia 62 tahun itu didapati berada dalam keadaan tidak sihat di lokap Balai Polis Jelapang ketika ingin dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk dituduh pada kira-kira 9.02 pagi.
"Pihak polis telah menghubungi pihak hospital dan orang kena tahan (OKT) berkenaan dihantar ke HRPB oleh ambulans untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata OKT kemudian disahkan meninggal dunia setelah rawatan kecemasan diberikan oleh pegawai perubatan hospital berkenaan pada kira-kira 10.30 pagi.
Katanya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
"Bedah siasat akan dibuat esok bagi mengetahui punca kematian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2022
OKT disahkan meninggal dunia setelah rawatan kecemasan diberikan oleh pegawai perubatan hospital berkenaan pada kira-kira 10.30 pagi. - Gambar hiasan
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Tiada unsur jenayah kes lelaki mati dalam tahanan - Bukit Aman
Tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah dikesan dalam kes seorang lelaki tempatan yang meninggal dunia semasa dalam tahanan di lokap Balai Polis Sungai Besar, Selangor, semalam.
Tahanan sesak nafas sebelum meninggal dunia dalam lokap
Seorang lelaki yang ditahan di dalam lokap di Balai Polis Baling, sementara menunggu untuk dihantar semula ke Penjara Alor Setar meninggal dunia, Rabu lepas.
Tiada unsur jenayah kes kematian OKT dalam tahanan
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah.
Tahanan kes dadah mati ketika terima rawatan
Suspek berusia 62 tahun itu didapati berada dalam keadaan tidak sihat di lokap Balai Polis Jelapang ketika ingin dibawa ke mahkamah.
Ditahan sejak Julai, polis sahkan suspek mati mengejut dalam tahanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang suspek lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di Lokap Berpusat Shah Alam hari ini.
Polis siasat kematian tahanan di IPD Kuala Langat
Siasatan akan ditumpukan kepada tiga aspek, perbuatan khianat, kaedah penjagaan tahanan dan pematuhan prosedur operasi standard.
Bedah siasat dapati tahanan mati akibat serangan jantung - Ketua Polis Selangor
Laporan bedah siasat ke atas seorang tahanan yang mati di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak pada Khamis mendapati kematiannya disebabkan arcute myocardial infarction atau serangan jantung.
Wujudkan IPCMC segera untuk tangani salah guna kuasa polis - SUARAM
SUARAM dakwa wujud salah guna kuasa dalam kalangan pegawai PDRM terhadap tahanan sehingga ada yang menyebabkan kematian.