awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan lolos: Imigresen tingkat kawalan, aktifkan sistem amaran

Sinar Harian
Sinar Harian
20/04/2022
14:36 MYT
Tahanan lolos: Imigresen tingkat kawalan, aktifkan sistem amaran
Khairul Dzaimee berkata, satu kematian dilapor berlaku di dalam depoh tahanan sementara tersebut sebelum kejadian rusuhan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mempertingkatkan pengawasan serta-merta di dua Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dijadikan depoh tahanan sementara bagi pelarian.
Ia susulan kejadian 528 orang tahanan Rohingya yang melarikan diri daripada pusat tahanan Sungai Bakap.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, komandan depoh tahanan sementara di PLKN Beranang, Selangor dan Bidor, Perak telah berhubung dengan balai polis berdekatan.
"Sistem amaran telah diaktifkan kerana kita tidak mahu kejadian ini memberi inspirasi kepada depoh-depoh lain," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JIM bagi Tahun 2021, dekat sini pada Rabu.
Tahanan Lari | Polis tubuh pasukan khas siasat kejadian
Mengulas mengenai dakwaan bahawa depoh tahanan sementara Sungai Bakap tidak menepati ciri-ciri keselamatan, Khairul Dzaimee berkata, asas keselamatan telah diberikan perhatian di semua kem PLKN yang digunakan bagi tujuan itu.
"Kita tahu kem PLKN tidak boleh disamakan dengan depoh tahanan Imigresen tetapi ciri keselamatan telah ditambah, kita tambah jeriji pada tingkap, dawai duri diletakkan di sekeliling blok," katanya.
Menurutnya, sehingga jam 6.10 petang, seramai 385 tahanan berjaya ditahan semula.
"Jumlah tersebut merangkumi 183 lelaki, 73 wanita, 62 kanak-kanak lelaki dan 59 kanak-kanak perempuan," katanya.
Ditanya mengenai lokasi tahanan yang dikesan selepas melarikan diri, Khairul Dzaimee berkata, mereka dipercayai menuju ke arah Pulau Pinang.
"Ini selepas kita melihat kepada trend tangkapan yang mana mereka tidak menuju ke utara sebaliknya ke selatan, arah Kuala Lumpur," katanya.
Sementara itu, Khairul Dzaimee berkata, satu kematian dilapor berlaku di dalam depoh tahanan sementara tersebut sebelum kejadian rusuhan.
"Kematian kerana sakit biasa, tiada kena mengena mengenai rusuhan dan kita masih menyiasat lanjut mengenai kes tersebut," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#tahanan lolos
#jabatan imigresen
#plkn
#sistem amaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan