awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahfiz Al-Hashimi: Mangsa maut bakal tamat pengajian 30 juzuk al-Quran

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
02/06/2017
08:23 MYT
Tahfiz Al-Hashimi: Mangsa maut bakal tamat pengajian 30 juzuk al-Quran
Salah seorang mangsa maut yang berusia 17 tahun bakal menamatkan pengajian menghafaz 30 juzuk al-Quran tidak lama lagi. -- fotoBERNAMA
Salah seorang pelajar Tahfiz Al-Hashimi yang maut dalam kemalangan pagi tadi bakal menamatkan pengajian 30 juzuk al-Quran dalam masa terdekat.
Wartawan Skuad Cakna Sinar, Azura Mohamad berkata maklumat tersebut dimaklumkan ibu mangsa semasa menunggu proses pengurusan jenazah di Hospital Kuala Krai.
"Kesemua mangsa yang terlibat dengan kemalangan tidak dapat ditemubual buat masa kini. Namun saya sempat menebual salah seorang ibu kepada pelajar yang maut.
"Anak beliau yang berusia 17 tahun dikatakan bakal tamat pengajian menghafaz 30 juzuk al-Quran tidak lama lagi," kata Azura semasa ditemu bual Astro AWANI hari ini.
Sementara itu, Azura memaklumkan semasa kejadian cuaca dan keadaan jalan berada dalam keadaan baik.
"Jalan di situ lurus dan suasana pagi di sini agak lengang kerana hari ini merupakan hari Jumaat, cuti hujung minggu kepada penduduk Kelantan," katanya.
Dalam insiden sekitar jam 9.40 pagi itu, tujuh mangsa dilaporkan maut sementara tujuh lagi cedera apabila sebuah van yang membawa pelajar dan tenaga pengajar Tahfiz Al-Hashimi terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di sini pagi tadi.
Lima maut ditempat kejadian manakala dua orang mangsa maut di Hospital Kuala Krai.
Topic Berkaitan
#30 juzuk al-Quran
#Hospital Kuala Krai
#kemalangan
#Kuala Krai
#maut
#Tahfiz Al-Hashimi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan