awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahun Baharu Cina: Aliran trafik perlahan, 'smart lane' dibuka kurangkan kesesakan

Bernama
Bernama
29/01/2025
03:20 MYT
Tahun Baharu Cina: Aliran trafik perlahan, 'smart lane' dibuka kurangkan kesesakan
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pagi ini susulan pertambahan jumlah kenderaan pulang ke kampung sempena Tahun Baharu Cina. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan pagi ini susulan pertambahan jumlah kenderaan pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 10.30 pagi ini, trafik semakin meningkat di sekitar Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E2 menghala selatan, Lebuhraya PLUS E1 menghala utara dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Menurut jurucakap itu beberapa laluan lorong pintar (smart lane) sudah diaktifkan bagi memudahkan perjalanan pulang pengguna jalan raya ke kampung halaman.
"Laluan terbabit antaranya di Lebuhraya PLUS KM293.5 hingga KM289.5 arah selatan dari Southville City ke Putra Mahkota, KM194.8 hingga KM184.4 arah selatan dari Ayer Keroh ke Jasin dan KM302.2 hingga KM297 arah utara dari Tapah ke Gopeng," katanya ketika dihubungi Bernama.
Jurucakap berkenaan turut memaklumkan terdapat kemalangan di KM429.5 arah utara dari Sungai Buaya ke Bukit Beruntung yang menyebabkan trafik perlahan namun tiada lorong terhalang.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#Lebuhraya Utara-Selatan
#smart lane
#balik kampung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan