awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahun Baharu Cina: Beberapa jalan di Pengkalan Weld ditutup esok

Bernama
Bernama
04/02/2025
08:15 MYT
Tahun Baharu Cina: Beberapa jalan di Pengkalan Weld ditutup esok
Penutupan fasa pertama melibatkan sebahagian Jalan Pengkalan Weld iaitu Gat Lebuh Chulia hingga Gat Lebuh Acheh bermula 10 pagi esok (5 Feb) hingga 1 pagi Khamis (6 Feb).
GEORGE TOWN: Beberapa jalan di kawasan Jalan Pengkalan Weld akan ditutup secara berperingkat bermula esok hingga Khamis sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Chew Jetty esok.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataan memaklumkan penutupan fasa pertama melibatkan sebahagian Jalan Pengkalan Weld iaitu Gat Lebuh Chulia hingga Gat Lebuh Acheh bermula 10 pagi esok (5 Feb) hingga 1 pagi Khamis (6 Feb)
"Fasa dua melibatkan sebahagian Jalan Pengkalan Weld iaitu Gat Lebuh Chulia hingga Gat Lebuh Melayu, Gat Lebuh Armenian iaitu Pengkalan Weld hingga Lebuh Victoria dan Gat Lebuh Acheh iaitu Pengkalan Weld hingga Lebuh Victoria.
"Penutupan jalan itu melibatkan satu arah sahaja pada satu-satu masa manakala penutupan fasa dua pula bermula 5 petang esok hingga 1 pagi Khamis." menurut kenyataan di laman Facebooknya hari ini.
Sehubungan itu, MBPP meminta semua pengguna jalan raya merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif di kawasan terlibat sempena sambutan berkenaan.
Majlis sambutan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Kongsi Pengkalan Chew Pulau Pinang itu dijadual bermula dari pukul 7 petang hingga 12 tengah malam di Pengkalan Weld.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#Pengkalan Weld
#jalan tutup
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan