KUCHING: Syarikat penerbangan perlu mengemukakan permohonan untuk penerbangan tambahan ke Sarawak memandangkan permintaan tinggi berikutan sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata permohonan itu boleh dibuat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk pertimbangan.
"Buat masa ini, syarikat penerbangan juga diingatkan supaya tidak menaikkan harga tiket mereka.
"Sarawak telah beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), pergerakan rentas negeri juga dibenarkan, maka kita menjangkakan lebih banyak sektor ekonomi dibuka dengan pergerakan individu dan barangan di seluruh negeri yang lebih tinggi," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Pada 31 Dis tahun lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan kerajaan bersetuju supaya Sarawak beralih ke Fasa Empat PPN pada 3 Jan selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sementara itu, Lee berkata Scoot Tigerair yang sepatutnya memulakan penerbangan sulungnya antara Singapura dan Miri pada 19 Jan ini, masih menguruskan beberapa perkara dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), justeru penerbangan pertama itu akan dimulakan kemudian.
Mengenai perkembangan lain, Lee berkata kementeriannya akan melakukan lawatan ke Kementerian Pengangkutan dan ibu pejabat agensi berkaitan pengangkutan lain di Kuala Lumpur untuk menjalin hubungan rapat dengan rakan sejawatan Persekutuan itu.
"Kami berharap melalui pertemuan ini, kita akan lebih mengenali antara satu sama lain dalam kalangan pihak berkepentingan negeri dan Persekutuan yang penting untuk memudahkan dan menyelesaikan isu berkaitan industri pengangkutan di negeri ini dengan cekap," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022
Lee mengingatkan syarikat penerbangan supaya tidak menaikkan harga tiket mereka. - Gambar fail BERNAMA
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
Penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur - Sibu sempena CNY
Hasil perbincangan MoT dan Batik Air Malaysia, kapasiti akan ditambah dengan menawarkan penerbangan tambahan pada 6 dan 7 Februari 2024.
MAG tawar penerbangan tambahan bagi tempoh perjalanan semasa Hari Raya Aidiladha
Ia akan mengadakan 37 penerbangan tambahan bagi Malaysia Airlines dan enam penerbangan tambahan bagi Firefly.
527 penerbangan tambahan diluluskan menjelang Aidilfitri
MOT menjelaskan kelulusan ini adalah 43 peratus lebih banyak berbanding kapasiti tambahan yang diluluskan pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.
MAVCOM lulus 316 penerbangan tambahan sempena Tahun Baharu Cina
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah meluluskan 25 lagi penerbangan tambahan bagi laluan domestik sempena Tahun Baharu Cina bermula esok hingga 31 Jan ini.
291 penerbangan tambahan diluluskan untuk Tahun Baharu Cina
Penerbangan tambahan yang diluluskan itu melibatkan Batik Air, AirAsia, Malaysia Airlines, MyAirline dan SKS Airways.
Tahun Baharu Cina: Syarikat penerbangan perlu mohon penerbangan tambahan ke Sarawak
Permohonan boleh dibuat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pertimbangan.
AirAsia tawar penerbangan tambahan, tambang tetap untuk balik kampung
Sempena musim perayaan Aidilfitri dan Pesta Menuai tidak lama lagi, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menambah penerbangan lewat malam dengan tambah rendah tetap.