Tanggungjawab meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai agenda utama adalah lebih penting daripada mengejar jawatan, kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata tanggungjawab tersebut termasuklah mewujudkan kestabilan politik dan kerajaan, sekali gus membantu mengukuhkan ekonomi negara dan sistem perkhidmatan kepada rakyat.
"Saya dan rakan-rakan mengambil satu keputusan yang besar untuk bersama-bersama memperkukuhkan Bersatu dan menjamin kestabilan kerajaan PN, pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Tumpuan kita pada hari ini adalah untuk membantu rakyat yang sedang berhadapan dengan suasana yang cukup gentir akibat pandemik COVID-19," katanya kepada Bernama selepas merasmikan sambutan Bulan Kebangsaan 2020 dan melancarkan Kempen Kesedaran COVID-19 peringkat kementerian di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata parti tersebut bakal membincangkan mengenai pelantikan Mohamed Azmin sebagai seorang daripada naib presiden dan ia akan dibincangkan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) kelak.
Sekiranya dilantik untuk jawatan naib presiden tersebut, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata agenda memastikan Bersatu sebagai wadah rakyat akan terus diperkukuhkan dengan komitmen yang berterusan sekali gus menjamin kestabilan politik negara.
"(Walaupun Malaysia menghadapi) ketidaktentuan politik, krisis ekonomi akibat kejatuhan menjunam harga minyak dunia, krisis kesihatan, tetapi dengan ketegasan dan kepimpinan yang ditunjukkan, Malaysia telah muncul sebagai salah sebuah negara yang telah berjaya memulihkan keadaan ini.
"Sudah tentu kestabilan politik antara perkara yang penting diberi pertimbangan (oleh para pelabur). Ini yang kita sedang lakukan dan kita telah mula melihat satu suasana yang positif. Saya yakin kalau keadaan ini berterusan, (serta) komitmen yang diberikan amat kuat, Malaysia akan kembali pulih pada 2021," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 24 2020

AZMIN: Tumpuan kita pada hari ini adalah untuk membantu rakyat yang sedang berhadapan dengan suasana yang cukup gentir akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail

COVID-19: Top Glove | Pengajaran daripada kluster Teratai

Top Glove | Tawar 9,000 pekerjaan untuk rakyat tempatan

Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam masa seminggu - Tengku Zafrul
BPN 2.0 yang melibatkan keseluruhan nilai RM2.38 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun penerima dalam tempoh seminggu.

PKP 2.0: RM150 juta lagi diperuntukkan untuk GKP PERMAI
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan GKP adalah sebanyak RM800 juta berbanding RM650 juta.

Majikan, pengusaha kilang perlu proaktif maklum kes COVID-19 kepada PKD
Majikan termasuk pengusaha-pengusaha kilang perlu bersikap lebih proaktif dengan memaklumkan kepada Bilik Gerakan PKD sekiranya mereka mengesan kes positif COVID-19 di premis masing-masing.

AWANI Ringkas: Sultan Perak perkenan benar solat di masjid, surau
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kajian klinikal fasa tiga vaksin COVID-19 di Malaysia bermula
Kajian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19 dimulakan hari ini di sembilan hospital dengan melibatkan 3,000 sukarelawan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan kompetitif - MIDA
Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan yang kompetitif walaupun ketidaktentuan global, dengan sejumlah US$26.4 bilion (US$1 = RM4.04) pelaburan telah diluluskan dalam sembilan bulan pertama 2020.

Filem pendek Malaysia ungguli pertandingan antarabangsa Zee REEL
Filem pendek dari Malaysia, Kaki Bangku mengungguli pertandingan filem pendek Tamil antarabangsa Zee REEL anjuran stesen penyiaran global, ZEE Tamil Asia Pasifik.

Elak jangkitan dari luar, pelawat tidak dibenarkan masuk ke wad Hospital Miri
Para pelawat tidak dibenarkan untuk masuk ke wad di Hospital Miri berkuat kuasa serta-merta ekoran peningkatan kes jangkitan tempatan COVID-19 di bahagian itu sejak kebelakangan ini.

Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam masa seminggu - Tengku Zafrul
BPN 2.0 yang melibatkan keseluruhan nilai RM2.38 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun penerima dalam tempoh seminggu.

Gesa Zahid Hamidi letak jawatan perbuatan tidak beradab petualang dalam parti - Ketua UMNO Jasin
Hasan berkata, polemik politik murahan seperti itu hanya akan melenyapkan sistem dan parti UMNO itu sendiri

Tiada hak asasi manusia tanpa kebebasan media - GLAAD
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif GLAAD, Sarah Kate Ellis berkata kedua-dua komponen tersebut saling memerlukan dalam memastikan masyarakat di seluruh dunia dilayan secara berperikemanusiaan.

Sebahagian senarai pengimport daging berlesen akan dikeluarkan hari ini
Zulkifli berkata, ia bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai berhubung isu makanan halal.

Ratusan ribu petani serbu Red Fort, bantah akta pertanian baharu
Kumpulan petani menunggang kuda dan memandu traktor bagi melanggar sekatan polis dan menyerbu bangunan bersejarah berkenaan, sebagai tanda mencabar kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi.

COVID-19: WHO tuduh negara kaya bersikap 'nasionalisme vaksin'
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Grebeyesus menggesa negara kaya memastikan vaksin koronavirus juga tersedia secara meluas untuk negara-negara miskin.

Ekonomi dunia dijangka pulih tahun ini, dimulakan dengan China - APIB
China merekodkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebanyak 6.5 peratus pada suku keempat 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Ketatkan PKP sektor perkilangan dan pembinaan - Gapan
Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu mengetatkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meliputi sektor perkilangan dan pembinaan.

WEF: Gelembung perjalanan jadi pemudah cara perniagaan, ekonomi
Diskusi yang dikendalikan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron itu menampilkan empat usahawan terkemuka dalam pelbagai industri dari rantau berbeza.

TPB2030 diperkenal, perkasa pembangunan sosioekonomi Bumiputera - Mohd Redzuan
Mesyuarat Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin hari ini memperkenalkan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB 2030) pada Selasa.