SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku penjawat awam iaitu Menteri Dalam Negeri, tidak boleh menerima sumbangan wang atau barangan berharga mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata, tindakan Ahmad Zahid menerima sumbangan seperti mempermainkan undang-undang sedia ada.
"Beliau seorang penjawat awam, lihat beliau sebagai penjawat awam, lihat beliau sebagai pegawai badan awam dan jangan lihat sebagai ahli politik.
"Beliau mungkin ahli politik Yang Arif tetapi pada masa itu, beliau memegang jawatan menteri, gajinya dibayar kerajaan, menggunakan wang pembayar cukai. Beliau dibayar untuk berkhidmat kepada orang ramai," kata Raja Rozela dalam hujahannya di akhir kes pendakwaan.
Seksyen 165 Kanun Keseksaan menyatakan penjawat awam tidak boleh menerima apa-apa benda yang berharga, dengan tiada balasan, daripada orang yang ada kena mengena dalam apa-apa prosiding atau urusan yang dijalankan oleh penjawat awam itu.
Raja Rozela berhujah, undang-undang sedia ada seperti Seksyen 165, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Cukai tidak mengiktiraf sumbangan politik kepada individu atas kapasitinya sebagai penjawat awam.
Beliau berhujah, adalah tidak logik untuk Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) membuat bayaran bulanan kepada Ahmad Zahid dalam tempoh empat tahun semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri.
"Jika ia adalah sumbangan politik, ia tidak sepatutnya buat begitu. Sepatutnya bayaran sekali sahaja. Tetapi, dalam kes ini, ia dibuat setiap bulan selama empat tahun. Mereka bayar kepadanya, bukan kepada UMNO," katanya.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan Visa Luar Negara (VLN) serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa melakukan semua kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Hujahan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 06 2022
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku penjawat awam iaitu Menteri Dalam Negeri, tidak boleh menerima sumbangan wang atau barangan berharga mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. - Gambar BERNAMA
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Datuk K hadir di mahkamah, dijangka beri keterangan kes Zahid
Suami Siti Nurhaliza dijangka memberi keterangan sebagai saksi pembelaan bagi pihak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport
Selaras peruntukan undang-undang, mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh.
Ahmad Zahid pemurah, banyak beri sumbangan amal: Saksi
Ramai orang datang ke pejabat untuk bertemu Ahmad Zahid bagi mendapatkan dana bantuan antaranya untuk menyambung pelajaran.
Kes rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas atau bela diri diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi.
Kes Yayasan Akalbudi: Pernyataan Fadzlette perlu diterima
Kenyataan Fadzlette akan menunjukkan bahawa Mazlina bersikap berat sebelah terhadap Ahmad Zahid.
Rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas atau bela diri diketahui 23 Sept
Keputusan sama ada Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri akan diketahui pada 23 Sept ini.
Tak logik sumbangan politik setiap bulan selama empat tahun kepada Ahmad Zahid - Pendakwaan
Tindakan Ahmad Zahid menerima sumbangan seperti mempermainkan undang-undang sedia ada, kata Timbalan Pendakwa Raya.
Ahmad Zahid terima suapan untuk diri sendiri - TPR
Sumbangan tidak pernah dibayar ke dalam akaun UMNO walaupun bayaran itu dikatakan untuk politik.
"Saya tidak guna sumbangan politik RM6 juta untuk kepentingan peribadi" - Ahmad Zahid
Sebaliknya, wang itu disalurkan untuk amal jariah, wakaf dan aktiviti keagamaan, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Kes rasuah Zahid: Pendakwaan tutup kes, hujahan lisan 1 Sept
Pendakwaan menutup kes selepas saksi ke-18, pegawai penyiasat SPRM V. Mahendran, selesai memberi keterangan.