awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid pemurah, banyak beri sumbangan amal: Saksi

Sinar Harian
Sinar Harian
01/11/2022
07:22 MYT
Ahmad Zahid pemurah, banyak beri sumbangan amal: Saksi
Bekas Setiausaha Sulit Kanan Ahmad Zahidi Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu seorang yang pemurah dan pernah menggunakan wang pegawainya terlebih dahulu untuk kerja-kerja amal. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pegawai yang pernah berkhidmat dengan Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, bekas Timbalan Perdana Menteri itu seorang yang pemurah dan pernah menggunakan wang pegawainya terlebih dahulu untuk kerja-kerja amal.
Bekas Setiausaha Sulit Kanan, Dr Sabri Zainudin Zainul berkata, pernah terjadi apabila Ahmad Zahid tiada wang tunai untuk memberikan bantuan ketika itu, Presiden UMNO itu memanggilnya untuk menggunakan wang jika ada dan akan membayar semula selepas itu.
Saksi kelima itu berkata demikian ketika prosiding bela diri kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Ahmad Zahid.
Sabri Zainudin, 61, berkata, sepanjang bertugas, beliau tahu, ramai orang datang ke pejabat untuk bertemu Ahmad Zahid bagi mendapatkan dana bantuan antaranya untuk menyambung pelajaran.
"Beliau seorang pemimpin yang banyak memberikan sumbangan amal dan terlibat dalam aktiviti kebajikan.
“Sumbangan turut diberi setiap kali Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan Hari Keluarga dengan menghulurkan sumbangan peribadi bagi membantu menampung perbelanjaan program terbabit,” katanya.
Perkara itu turut disokong oleh saksi pembelaan keenam, bekas Pegawai Tugas-tugas Khas, Datuk Mohd Kamal Abdullah dengan menyatakan, di awal penubuhan Yayasan Akalbudi, penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu sendiri memasukkan dana menggunakan wang miliknya ke dalam akaun yayasan.
Mohd Kamal Abdullah, 65, yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Khas Ahmad Zahid berkata, dana itu kemudiannya disumbang kepada pihak yang memerlukan.
"Sumbangan itu kebanyakannya melibatkan pembinaan masjid, surau dan pusat tahfiz selain derma kepada orang miskin, anak yatim serta ibu tunggal.
"Ia bukan hanya diberi kepada rakyat di di Parlimen Bagan Datuk dan Melaka, malah disampaikan untuk penerima di luar negara," katanya.
Beliau berkata, sumbangan dibuat menerusi wang peribadi pemimpin itu atau melalui yayasan tersebut.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Zahid Hamidi pemurah
#kes rasuah Zahid Hamidi
#Yayasan Akalbudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan