PELAKON jelita, Fasha Sandha mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengenakan pakaian yang berharga murah asalkan ia kelihatan cantik pada pandangannya.
Kenyataan tersebut merupakan respons balas Fasha terhadap komen seorang individu yang mengatakan baju yang digayakannya menerusi entri terkini di laman Instagram cuma berharga RM15.
Dalam pada itu, pelakon drama Rampas Cintaku ini turut merasakan baju yang berharga mahal itu tidak akan terlihat eksklusif sekiranya si pemakai tidak mempunyai aura untuk mengenakannya.
“Ada kalanya, pakai baju atas berpuluh ribu, tetap tak nampak cantik. Saya tak kisah dan tak malu pun. Saya memang pakai baju murah-murah sahaja,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji Fasha yang sentiasa kelihatan cantik dalam mengenakan apa sahaja jenis pakaian sekali pun.
“Betul tu. Pakai mahal-mahal tak kena gaya tak cantik juga. Kalau pakai bundle pun kalau kena gaya, orang kata mahal juga.
"Apa pun kita sendiri yang pakai. Kita rasa selesa dan kita rasa lawa di mata sendiri. Itu sudah cukup.
“Orang kalau dah cantik, pakai baju RM1 pun tetap nampak cantik.
“Ini baru betul. Bila orang ada class pakai baju RM15 tetap nampak cantik.
“Mahal atau murah bukan itu tujuannya. Yang penting macam mana kita menggayakannya.
"Kalau kita pandai menggayakan, baju akan nampak wow dan nampak mahal. Begitu juga sebaliknya.
“Sis kita sama. Saya layan Times Square sahaja. Baju banyak je elok-elok. Asalkan pandai gayakan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, selain aktif berlakon, Fasha juga kini sedang sibuk dengan pelbagai projek selaku duta produk. -Media Hiburan
Media Hiburan
Wed Jul 19 2023
Fasha Sandha mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengenakan pakaian yang berharga murah asalkan ia kelihatan cantik pada pandangannya. -Media Hiburan
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Beraya di Rembau dan Perlis, Fasha Sandha ada 45 pasang baju raya
Pelakon Fasha Sandha memberitahu dia sudah mempunyai 45 pasang baju raya untuk digayakan sempena Aidilfitri.
Fasha Sandha tepis tanggapan sedang hamil, muntah teruk sebab keracunan makanan
Masalah keracunan makanan tersebut berpunca daripada membeli makanan yang dijual di gerai tepi jalan.
'Kita lebih hargai yang follow' - Video kontroversi tak halang pengikut Fasha Sandha bertambah 25,000
Sentiasa bersikap positif, Fasha berkata bilangan pengikutnya kini melebihi jumlah yang menekan butang unfollow.
Didakwa menari sakan di IG untuk tayang badan kurus, ini respons Fasha Sandha
Menurut Fasha, dia sememangnya merupakan seorang yang periang dan gemar menari sejak dahulu lagi tanpa mengira keadaan bentuk badannya.
Afiq Shazwan jawab isu aksi mesra dengan Fasha Sandha
Kemesraan Afiq Shazwan dengan Fasha Sandha sekadar memenuhi tuntutan karakter dalam sebuah drama.
'Tak malu pun, saya memang pakai murah-murah' - Fasha Sandha jawab dakwaan baju RM15
Menurut Fasha, baju yang berharga mahal tidak akan terlihat eksklusif sekiranya si pemakai tidak mempunyai aura untuk mengenakannya.
Teruja diganding dengan Erra Fazira, Fasha Sandha dedah sikap sebenar idolanya
Fasha yang berkongsi gambar di balik tabir penggambaran drama itu di Instagram meluahkan perasaannya apabila pertama kali berlakon bersama pelakon kegemarannya itu.
Dikatakan terlalu kurus hingga nampak seperti sakit, ini respons Fasha Sandha
Fasha meluahkan rasa syukur masih diberikan kesihatan yang baik namun hatinya tergores disebabkan orang asyik mengatakan dirinya sakit.
Tak makan daging, ayam tips Fasha Sandha kembali dapat bentuk badan ideal
Jaga pemakanan dan imbangi dengan bersenam merupakan kunci kejayaan bagi seseorang untuk menurunkan berat badan.