awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak perlu lagi cari parkir, JPJ perluas kaunter pandu lalu ke seluruh negara

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
21/10/2022
12:29 MYT
Tak perlu lagi cari parkir, JPJ perluas kaunter pandu lalu ke seluruh negara
Perkhidmatan kaunter pandu lalu yang ketika ini ditawarkan di Pulau Pinang dan Sabah itu akan diperluaskan ke Perak, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. - Gambar/ Astro AWANI
BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan perkhidmatan kaunter pandu lalu ke seluruh negara bagi memudahkan pengguna berurusan dengan jabatan berkenaan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, antara perkhidmatan ditawarkan menerusi kaunter pandu lalu adalah pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu, menukar lesen memandu percubaan (PDL) kepada lesen kompeten (CDL) serta pembayaran saman.
Katanya, perkhidmatan yang ketika ini ditawarkan di Pulau Pinang dan Sabah itu akan diperluaskan ke Perak, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Ia kemudian akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat berikutan kejayaan memudahkan urusan pelanggan selain mengurangkan kesesakan di pejabat.
"Kaunter pandu lalu ini lebih memudahkan pelanggan membuat transaksi singkat, mereka tidak perlu lagi hendak mencari parkir, perlu berhujan, sudah tidak payah beratur, duduk dalam kenderaan sahaja," katanya.
Dalam pada itu, katanya JPJ juga akan menyediakan 100 unit kiosk yang mesra orang kurang upaya (OKU) ditempatkan di pejabat JPJ seluruh negara.
Beliau berkata, fokus jabatan itu kini ke arah pendigitalan bagi kesemua urusan dalam usaha menawarkan perkhidmatan di hujung jari termasuklah pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan yang boleh dibuat di rumah.
Zailani berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Amanat Khas dan Pelancaran Kaunter Pandu lalu JPJ Pulau Pinang, di Seberang Jaya dekat sini, pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#JPJ
#kaunter pandu lalu
#seluruh negara
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan