Cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak perlu dimansuhkan sebaliknya cukup sekiranya cukai itu diletakkan pada kadar sifar.
Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, ini kerana setiap peniaga dan syarikat telah mengaplikasi sistem GST dalam sistem akaun dan POS masing-masing (semua itu dengan kos).
"Jika pemansuhan dilakukan, mereka bakal menanggung kos tambahan untuk mengemaskini sistem dan akaun. Justeru, mengosongkan kadar adalah lebih mesra peniaga dan pengguna sekaligus," katanya menerusi posting di Facebooknya.
Beliau berpendapat, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak boleh diletakkan pada kadar lima atau 10 peratus tetapi perlu lebih rendah daripada lima peratus.
"Jika tidak, SST bakal menjadikan harga meningkat juga akhirnya kerana peniaga bakal menjadikannya alasan untuk menaikkan harga dengan SST dikira sebagai kos mereka. Akhirnya nanti menjadi formula yang rosak," katanya.
Menurutnya, kerajaan perlu segera membuat kira-kira unjuran kehilangan hasil negara dari sumber GST dan cara bagaimana pemotongan kos operasi kerajaan agar tidak negatif kelak.
"Atau mungkin, boleh kekalkan GST pada servis dan barangan mewah terlebih dahulu buat sementara waktu menstabilkan pendapatan kerajaan dan perbelanjaan.
"Ini kerana orang berstatus T20 mungkin jarang melihat resit pun ketika membeli. Ertinya, mereka tidak kisah sangat dan sanggup menanggungnya berbanding kumpulan M40 dan B40," katanya.
Sinar Harian
Mon May 14 2018
Kerajaan perlu segera membuat kira-kira unjuran kehilangan hasil negara dari sumber GST dan cara bagaimana pemotongan kos operasi kerajaan agar tidak negatif kelak.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pembelian barangan berjenama mewah: Suri rumah didakwa tipu dua wanita lebih RM1.2 juta
Seorang suri rumah dituduh memperdaya dua wanita dalam urusan pembelian barangan berjenama mewah berjumlah RM1,267,810.
AGC tidak rayu keputusan Mahkamah Tinggi serah semula barangan mewah Najib, Rosmah
Jabatan Peguam Negara tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk memulangkan barangan mewah milik Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Bijan, untuk yang 'ada-ada' sahaja
Namanya mungkin tidak begitu dikenali, namun jangan terpedaya kerana ia sebuah jenama dengan nilai yang sangat tinggi.
Tak perlu mansuh GST, tapi letak pada kadar sifar - Zaharudin
Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, ini kerana setiap peniaga dan syarikat telah mengaplikasi sistem GST dalam sistem akaun dan POS masing-masing (semua itu dengan kos).
"Saya beli, pakai, simpan... bukan menunjuk-nunjuk" - Aliff Syukri
Perasaan 'iri hati' melihat orang sekeliling memiliki barangan mewah mendorongnya untuk berusaha memenuhi impiannya mendapatkan barangan sama.