SUNGAI PETANI: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, insiden membabitkan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang didakwa menghalang seorang wanita daripada memasuki pejabat kerana memakai skirt pada paras lutut adalah kes terpencil dan tidak perlu diperbesarkan.
Beliau berkata, Rela akan menggunakan mekanisme dalaman untuk penambahbaikan terhadap perkara itu.
"Saya tak memilih untuk memperbesarkan hal itu, (perlu) berlaku adil kepada ribuan lagi anggota Rela yang bertugas mengawal premis kerajaan, tak ada masalah. Kita ada mekanisme dalaman yang akan ditentukan oleh kepimpinan Rela (untuk menyelesaikan isu itu)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ke-51 Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Latihan Rela Wilayah Utara di Bukit Selambau, di sini pada Isnin.
30 Jun lalu, media melaporkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggantung tugas seorang anggota Rela selepas didakwa cuba menghalang pelawat memasuki pejabatnya di Pulau Pinang kerana berpakaian skirt pendek.
Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perkeso berkata ia berikutan tindakan anggota itu tidak selari dengan prinsip prihatin jabatan berkenaan.
Sementara itu, Saifuddin berkata Rela yang mencapai usia lebih 50 tahun sejak penubuhannya sudah melalui beberapa proses evolusi yang sangat membanggakan.
Katanya, daripada objektif asal penubuhannya untuk membuka peluang kepada rakyat untuk terlibat dalam menjaga aspek ketenteraman awam dan keselamatan, penugasan jabatan itu kini semakin kompleks.
"Rela harus cepat dalam melakukan adaptasi terhadap perubahan masa dan juga cabaran yang akan mereka hadapi, bermaksud gaya berfikir Rela tidak boleh lagi gaya lama. Ia harus respond kepada harapan dan juga kepada cabaran semasa yang bersangkutan dengan aspek ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jul 03 2023
Saifuddin hadir merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ke-51 Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Latihan Rela Wilayah Utara di Bukit Selambau, pada Isnin. - Foto Astro AWANI
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Tak perlu perbesar kes anggota Rela halang wanita berskirt pendek - Saifuddin
Beliau berkata Rela akan menggunakan mekanisme dalaman untuk penambahbaikan terhadap perkara itu.