awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak pernah berhasrat jadi calon PRU15 - Naib Canselor UUM

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
24/08/2022
04:53 MYT
Tak pernah berhasrat jadi calon PRU15 - Naib Canselor UUM
Prof Dr Haim Hilman Abdullah, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. - Foto ihsan UUM
SINTOK: Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Haim Hilman Abdullah menafikan pernah menyatakan hasrat kepada mana-mana pihak termasuk Barisan Nasional (BN), untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Sebaliknya, beliau menegaskan, proses untuk membangun dan memajukan UUM adalah fokus utama beliau buat masa ini.
Beliau juga menzahirkan komitmen untuk bekerja bersama warga UUM dalam usaha merealisasikan visi universiti iaitu menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.
Selain itu, menurutnya, misi universiti paling utara tanah air itu ialah mendidik pemimpin berperwatakan holistik untuk berbakti kepada komuniti global.
Haim Hilman berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyatakan BN Selangor akan mempertaruhkan calon PRU15 dalam kalangan ahli pemikir, termasuk dirinya.
Awal bulan ini, Ketua Komunikasi BN Selangor Datuk Seri Jamal Md Yunos dilaporkan berkata, pihaknya mempertaruhkan tiga calon ahli pemikir pada PRU15 dalam usaha membentuk saf kepimpinan bertaraf ahli strategik dan intelek di negeri itu.
Menurutnya, peranan kumpulan ini sangat penting bagi mendepani pola baharu pengundi pasca PRU14 khususnya dalam kalangan pengundi berusia 18 tahun yang dipercayai masih dipengaruhi politik persepsi.
Selain Haim Hilman, dua lagi nama calon yang disebut Jamal ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Isham Jalil dan Ketua Pembangkang Negeri Selangor Datuk Rizam Ismail.
Topic Berkaitan
#Jamal Md Yunos
#Calon PRU15
#Naib Canselor UUM
#Haim Hilman Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan