LANGKAWI: Seorang pelanggan yang mengunjungi sebuah kedai makanan di Pantai Chenang melahirkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj RM20 untuk hidangan sepinggan ayam goreng kunyit.
Pengadu yang dikenali sebagai Hada Jais memuat naik resit berkenaan di laman sosial miliknya kerana menyifatkan harga tersebut terlalu mahal.
Pengadu turut memaklumkan, dia terpaksa membayar RM24 untuk keseluruhan hidangan dipesannya, iaitu sepinggan ayam goreng kunyit (RM20) sepinggan nasi putih berharga RM3 dan air kosong (RM1).
“Patutlah orang luaq (luar) kata Langkawi mahai (mahal), hampa (anda) rasa berbaloi ke kena harga macam ni?
"Nasi putih RM3, ayam goreng kunyit bodoh saja seorang makan RM20, ais kosong RM1,” tulisnya dalam hantaran di Facebook yang tular sejak Ahad.
Pengadu turut berpesan kepada orang ramai agar berhati-hati dan tidak mengalami nasib sepertinya.
"Tu gambaq (gambar) kedai aku dah snap (ambil) tengoklah kat mana area Chenang, jangan hampa (anda) terkena sudah," katanya.
Dalam pada itu, pengadu terbabit meminta agar netizen tidak mengecamnya kerana membuat hantaran tersebut di media sosial gara-gara tidak berpuas hati dengan harga dikenakan.
Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, tindakan telah diambil terhadap pemilik kedai makan tersebut selepas anggota penguatkuasaan KPDN menjalankan pemeriksaan.
“Satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan kepada pemilik kedai makan bagi mendapatkan maklumat penyediaan kesemua menu yang dipesan pengadu.
“Pemilik diberikan tempoh dua hari bekerja untuk menjawab notis tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurutnya lagi, siasatan mendapati buku menu di kedai berkenaan memaparkan harga bagi sepinggan ayam goreng kunyit adalah RM20.
“Pelanggan dinasihati supaya menyemak harga terlebih dahulu sebelum membuat pesanan.
"Sebagai pengguna anda berhak untuk mendapatkan maklumat,” ujarnya.
Affendi memaklumkan, hasil pemeriksaan tanda harga di premis terbabit mendapati sebanyak 10 buku menu disediakan untuk pelanggan.
“Premis berkenaan dibuka enam hari seminggu, bermula 10 pagi sehingga 10 malam dan kebanyakan pelanggan di situ merupakan pelancong luar negara.
“Kita turut mengambil resit bayaran oleh pengadu pada hari kejadian untuk siasatan lanjut,” jelasnya.
Sementara itu katanya, pengadu bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan aduan apabila panggilan telefon tidak dijawab. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 15 2024
Gambar resit ayam goreng kunyit berharga RM20 yang dimuat naik seorang pengguna di Facebook. - Gambar/ Sinar Harian
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
Laporan Bank Dunia perlu dipandang serius
Laporan Bank Dunia yang memberi gambaran membimbangkan berkenaan sistem pendidikan Malaysia perlu diambil serius.
[TERKINI] CEO Microsoft dijadual bertemu Anwar pada Khamis
Lawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Anwar jumpa PM Qatar, sedia bantu Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis.
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Bekas banduan ragut di Klang, lari ke Langkawi sebelum diberkas
Suspek diberkas kira-kira jam 12.30 tengah hari di kawasan sekitar Pekan Kuah, Langkawi sebelum dibawa pulang untuk siasatan lanjut.
Lelaki Palestin tidak mengaku salah cederakan rakan senegara
Seorang lelaki warga Palestin mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan rakan senegaranya hingga parah bulan lalu.
LTdL 2024 sah bermula di Langkawi tamat di Sarawak
LTdL akan kembali ke bumi Langkawi, destinasi yang akan menjadi lokasi pembukaan perlumbaan peringkat pertama.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Dua projek infra bernilai lebih RM137 juta di Langkawi dijangka siap ikut masa - KKR
Dua projek infrastruktur di Langkawi bernilai lebih RM137 juta dijangka siap mengikut masa yang ditetapkan iaitu pada Januari tahun hadapan.
Jambatan Sungai Peranginan Oriental Village, Langkawi dibuka
Jambatan Sungai Peranginan Oriental Village di Langkawi yang dibina bagi mengatasi masalah kesesakan mula dibuka kepada pengguna jalan raya.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
Lelaki warga AS didakwa hasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di Langkawi
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang kanak-kanak.
Raja Harald V jalani prosedur memasang perentak jantung sementara
Raja Norway, Raja Harald V dilaporkan memasang perentak jantung (pacemaker) sementara pada Sabtu di Hospital Maliha, Langkawi.