awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan Sungai Peranginan Oriental Village, Langkawi dibuka

Bernama
Bernama
09/03/2024
07:00 MYT
Jambatan Sungai Peranginan Oriental Village, Langkawi dibuka
Nanta berkata beliau berpuas hati dengan keadaan jalan raya dan jambatan baharu yang dibina dan penyerahan secara rasmi akan diadakan esok. - Gambar fail/Astro AWANI
ALOR SETAR: Jambatan Sungai Peranginan Oriental Village di Langkawi yang dibina bagi mengatasi masalah kesesakan telah mula dibuka kepada pengguna jalan raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Nanta berkata beliau berpuas hati dengan keadaan jalan raya dan jambatan baharu yang dibina dan penyerahan secara rasmi akan diadakan esok.
"Pada Mei 2023, saya pernah turun ke lokasi dan meninjau pembinaan yang diluluskan dalam senarai Projek Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Hal ini berikutan masalah kesesakan teruk di laluan itu pada waktu puncak yang menyebabkan kerosakan fizikal yang teruk di jalan berkenaan.
"Pembinaan jambatan sepanjang 25 meter dengan kelebaran 12.5 meter itu melibatkan kos sebanyak RM7.8 juta dan kerja-kerja yang dilaksanakan termasuk menaik taraf Jalan Tuju, kerja-kerja geoteknikal (tembok penahan), menaik taraf dan membina sistem saliran, pemasangan lampu dan perabot jalan serta pengalihan utiliti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata projek itu penting bagi menghubungkan laluan utama ke kereta kabel Langkawi dan Hotel Berjaya yang menjadi tumpuan penduduk setempat dan pelancong dari dalam dan luar negara.
"Selain dapat menyuraikan trafik dan memperbaik semula jalan yang rosak demi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya, tentunya laluan dan jambatan baharu ini akan menggalakkan lagi aktiviti pelancongan untuk terus berkembang dan membantu ekonomi setempat.
Selain itu, Nanta berkata beliau turut meninjau perkembangan kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi terletak di dalam tapak hospital itu yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan Ketiga, RMK11 dengan kos keseluruhan projek sebanyak RM425 juta.
Beliau berkata projek yang dijangka siap pada 26 Dis tahun depan itu bertujuan menjadikan perkhidmatan penjagaan pakar lebih mudah diakses kepada penduduk serta pelancong di Langkawi yang semakin bertambah.
"Penambahan sebanyak 220 katil baharu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 330 katil di hospital itu dilihat mampu menampung keperluan penduduk terhadap akses perubatan dan rawatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jambatan Sungai Peranginan Oriental Village
#Langkawi
#Alexander Nanta Linggi
#dibuka untuk pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan