Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu mengalami kecederaan ringan dipercayai dikasari seorang individu tidak dikenali di Seberang Pintasan di sini, pada Rabu.
Ketua Perkhidmatan Pelanggan, Bahagian Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu Mohd Nazri Puteh berkata insiden jam 11.30 pagi itu adalah yang pertama berlaku di negeri itu setakat ini.
"Mangsa yang bekerja sebagai Penyelia Pembaca Jangka TNB Terengganu dikatakan telah pergi ke sebuah rumah untuk mengambil bacaan sebelum tiba-tiba didatangi seorang pengguna yang bertanyakan mengenai bil elektrik yang tinggi.
"Mangsa telah memberi penerangan mengenai kenaikan bil elektrik itu sewajarnya namun lelaki tersebut enggan menerima penerangan itu dan telah menolak mangsa sehingga terjatuh dan cedera.
"Lelaki itu dikatakan telah mencapai sebatang kayu untuk terus memukul mangsa namun kejadian tersebut berjaya dihalang oleh beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian," katanya kepada Bernama pada Rabu.
Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Dungun kerana mengalami luka di lutut dan sakit-sakit di bahagian bahu serta telah membuat laporan polis.
Sehubungan itu, Mohd Nazri menasihatkan pengguna TNB Terengganu agar tidak emosi dan bertindak secara melulu sehingga menyebabkan tindakan undang-undang terpaksa diambil bagi melindungi keselamatan pekerjanya.
"Saya sarankan agar pengguna yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai bil elektrik dan sebarang isu berkaitan agar mereka datang sendiri ke kedai-kedai tenaga yang berhampiran serta menghubungi TNB Careline di talian 15454 kerana kakitangan TNB sedia membantu pengguna," katanya.
"Janganlah bertindak keras terhadap kakitangan TNB kerana ia adalah satu perbuatan jenayah kerana mendatangkan kecederaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 01 2020
Lelaki itu dikatakan telah mencapai sebatang kayu untuk terus memukul mangsa namun kejadian tersebut berjaya dihalang oleh beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian. - Gambar fail/Bernama
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Raja Maghribi selamat jalani pembedahan akibat kecederaan bahu
Pembedahan dilakukan di Klinik Istana Diraja di Rabat oleh pasukan perubatan diketuai doktor peribadi baginda, Profesor Belyamani Lahcen.
'Palmeiras kelab bola sepak, bukan bahagian perubatan'
Neymar sedang bergelut dengan tahap kecergasannya selepas perpindahan berprofil tinggi ke kelab Liga Pro Saudi Al Hilal pada musim panas lalu.
Bicara kes cedera, khianat Norjuma bermula April dan Mei tahun hadapan
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Syed Saddiq cedera terlanggar dahan pokok tumbang ketika sertai Ironman Malaysia
Dipercayai kejadian berlaku semasa Syed Saddiq sedang melakukan disiplin berbasikal ketika hujan.
Ada kecederaan pada empat pelajar tahfiz, dipercayai melarikan diri - Polis
Rusdi berkata, tempoh kecederaan itu dipercayai berlaku semasa mereka berada di pusat tahfiz itu, namun perkara tersebut masih dalam siasatan.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Ee Wei cedera dalam kemalangan tak diduga di gim ABM
Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei dijangka terlepas aksi Terbuka Artic di Finland dari 8-13 Okt selepas kemalangan tak diduga di gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM) Selasa lepas.
Angka korban di Gaza meningkat kepada 41,431, lebih 95,818 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan.
Korban Taufan Shanshan meningkat kepada enam, 125 cedera di Jepun
Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang.
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang
Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota EMRS dan dihantar ke hospital.