awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak puas hati kena saman, dua lelaki serang penguat kuasa

Sinar Harian
Sinar Harian
10/08/2022
22:45 MYT
Tak puas hati kena saman, dua lelaki serang penguat kuasa
Suspek yang tidak berpuas hati menyerang mangsa dan berlaku pergelutan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Berang dan tidak puas hati dikenakan saman, dua lelaki bertindak menyerang seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Taman Sentosa di sini pada Selasa.
Semasa kejadian pada jam 11.30 pagi, kedua-dua suspek berkenaan bertengkar sebelum memukul anggota penguat kuasa berkenaan menggunakan tangan dan menolaknya hingga jatuh ke jalan raya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku semasa mangsa mengeluarkan saman terhadap kenderaan suspek selepas didapati meletak kenderaan yang menghalang lalu lintas.
"Suspek yang tidak berpuas hati menyerang mangsa dan berlaku pergelutan. Mangsa mengalami cedera di kepala. Selepas suspek memukul anggota penguat kuasa MBJB itu, kedua-dua mereka kemudian bertindak melarikan diri.
"Bagaimanapun, tindakan pantas anggota kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian berjaya menangkap kedua-dua suspek yang ketika itu sedang bersembunyi dalam kereta mereka," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.
Jelasnya, ketika tangkapan dibuat, polis mendapati seorang suspek turut cedera di bahagian muka dipercayai akibat bergelut dengan mangsa sebelum menerima dua jahitan.
"Hasil siasatan awal mendapati punca kedua-dua suspek menyerang anggota penguat kuasa berkenaan kerana tidak berpuas hati atas saman MBJB yang dikeluarkan kerana kesalahan menghalang lalu lintas," katanya.
Katanya, suspek warga tempatan yang berusia 42 dan 47 tahun itu akan direman bagi siasatan lanjut yang dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#anggota penguat kuasa
#MBJB
#serang
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan