awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat
Pahang kembali dilanda banjir, Johor catat peningkatan mangsa
Rusuhan bersenjata di Mount Austin berpunca daripada tuntutan RM100,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak puas hati keputusan, pemain bola sepak serang pengadil

Sinar Harian
Sinar Harian
20/11/2023
09:44 MYT
Tak puas hati keputusan, pemain bola sepak serang pengadil
Tangkap layar video insiden pengadil dikejar individu dipercayai pemain bola sepak pada perlawanan yang berlangsung di daerah Manjung hingga tular di media sosial.- Foto ihsan pembaca
LUMUT: Polis menjalankan siasatan berhubung pergaduhan melibatkan pemain bola sepak dan pengadil yang tular menerusi satu video di media sosial pada Ahad.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada perlawanan suku akhir Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) 2023 melibatkan 48 pasukan seluruh negara.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan lanjut dijalankan selepas menerima laporan daripada pengadil berkenaan.
"Difahamkan kekecohan itu dipercayai berlaku kerana rasa tidak berpuas hati terhadap keputusan perlawanan.
"Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Seri Manjung dan dia mengalami kecederaan tisu lembut," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Menurut Mohamed Nordin, pihaknya sedang mengenal pasti individu yang terlibat dalam kejadian itu.
Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular video berdurasi 30 saat memaparkan seorang pengadil dikejar pemain sehingga ke khemah pasukan sebelum ditenangkan beberapa individu lain.
Dalam kejohanan yang berakhir pada Ahad, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) selaku tuan rumah menggondol Piala Menteri KPKT selepas menewaskan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan 1-0 di Stadium MPM.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#perlawanan bola sepak
#pukul pengadil
#pemain bola sepak
#MALA 2023
#lumut
#manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan