"Tak sampai lima minit semua hilang".
Itu antara luahan yang sempat dikongsi oleh mangsa kebakaran di Jalan Imam, Kampung Melayu Pandan, yang menyaksikan enam rumah hangus dan menyebabkan 17 keluarga hilang tempat tinggal dalam kejadian petang semalam.
Seorang mangsa, Nor Hafifi Nor Asri, 29, berkata api yang marak dengan cepat menyebabkan dia bersama ibunya, Salina Saim, 52, dan adiknya, Muhd Afiq Nor Asri, 15, yang ketika itu berada di rumah bersama dua anak saudaranya yang berusia empat dan dua tahun tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan.
"Masa kejadian itu saya tengah bersiap nak keluar rumah dalam pukul 6.45 petang, tiba-tiba bila pergi dapur nampak asap hitam tebal masuk dari ruang atap rumah. Saya pun jerit panggil mak, angkat anak saudara dan lari keluar.
"Bila lari keluar tu memang nampak api ke kanan ke kiri sebab angin kuat. Sempat bawa keluar nyawa, tapi barang rumah, baju semua hangus," katanya ketika ditemui Bernama, di sini, hari ini.
Tambahnya, usaha memadam kebakaran juga dilakukan dengan bantuan orang kampung, namun gagal akibat api yang marak dengan cepat.
"Semua rumah kayu, rumah lama, jadi api cepat (marak). Api memang nampak tinggi dan merah, bunyi meletup pun ada sebab ada rumah yang tidak sempat bawa keluar tong gas," katanya.
Sementara itu, menurut ibunya, Salina, dia yang baru masuk ke tandas ketika kejadian terkejut apabila keluar dan mendapati ruang rumahnya dipenuhi dengan asap hitam.
"Baru masuk sekejap, baru nak mandi, anak saya jerit suruh keluar, bila keluar tengok nampak asap hitam tebal dekat siling rumah. Memang masa lari tu hanya sempat berkemban.
"Rumah dekat-dekat, nak lari lorong depan rumah, rumah depan dah terbakar, nasib baik ada satu rumah hujung yang tidak kunci pintu, jadi kita lari ikut rumah tu, kalau pintu berkunci, memang Allah S.W.T sahaja yang tahu nasib kami ketika itu," katanya.
Dalam kejadian semalam, sebanyak empat jentera dan sebuah EMRS dengan kekuatan 23 pegawai serta anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, BBP Johor Bahru dan Johor Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau Penolong Kanan Pegawai Bomba Saiful Bahri Safar berkata pihaknya mengambil masa selama 25 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan sekitar.
"Operasi tamat sepenuhnya pada 8.25 malam tadi dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. anggaran kerugian serta punca kebakaran masih lagi dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2018
Keadaan di lokasi kebakaran rumah setinggan di Jalan Imam Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru, hari ini, 21 Feb, 2018. --fotoBERNAMA
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Pemandu gagal selenggara kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun
Ops bersepadu ini akan terus dijalankan oleh JAS di seluruh daerah bagi memastikan kualiti udara di negeri ini terpelihara.
Dua mayat ditemukan selepas jambatan di Baltimore runtuh
Jasad dua daripada enam pekerja pembinaan yang hilang daripada jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemukan, kata pihak berkuasa pada Rabu.
JAS keluar 934 kompaun menerusi Ops Statik
Wan Abdul Latiff berkata JAS sentiasa komited untuk mengawal punca-punca pencemaran udara daripada pelbagai aktiviti terutamanya di kawasan perbandaran yang disebabkan oleh kenderaan bermotor.
Pemilik lori didenda RM60,000 lepas asap hitam lebih had
OKS didapati telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 22(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(3) akta yang sama.
Sekurang-kurangnya 20 maut kebakaran stesen kereta api di Kaherah
Kebakaran berlaku selepas sebuah kereta api merempuh tembok landasan stesen.
Tak sampai lima minit, semuanya hilang - mangsa
Nor Hafifi berkata api yang marak dengan cepat menyebabkan dia bersama ibu dan adiknya tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan.