DUNGUN: Keluarga mangsa yang maut dipukul suaminya menggunakan tukul besi tidak menyangka suspek tergamak bertindak kejam sehingga meragut nyawa.

Adik tiri mangsa Rozilan Yusuf, 38, menyifatkan abang iparnya itu seorang yang baik dan pendiam.

Katanya kali terakhir dia berjumpa kakaknya Rubiah Sabtu pada Selasa dan melihat mangsa kurang bercakap berbanding sebelum ini.

"Kali terakhir saya jumpa dia kelmarin, tengok semalam tak ada masalah pun, dia pun tak ada cerita ada gaduh.

"Yang saya tahu pada jam 4 petang kelmarin, muka dia nampak macam ada perubahan pelik, nampak muka dia sedih, selepas itu malam pula dia telefon, dalam pukul 1.10 pagi. Dia kata dia nak kipas, dia kata anak dia panas," katanya.

Suspek bunuh isteri guna tukul besi baik, pendiam


Rozilan berkata meskipun masih bersedih dengan kejadian yang menimpa kakaknya itu namun dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk lakukan siasatan lanjut.

Pada Rabu seorang wanita maut dipercayai dipukul dengan tukul besi oleh suaminya dalam kejadian di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Rubiah Sabtu, 41, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian muka dan kepala.

Isteri maut dipukul suami dengan tukul besi