awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim

Faida Rahim
Faida Rahim
29/11/2023
14:35 MYT
Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Mohamed Sabri Ramli (Kiri) dan Nor Azman Zainal di Majlis Pelancaran Kaotim anjuran Takaful Malaysia pada Rabu - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim, kad perubatan dalam talian mampu milik dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal memaklumkan pelancaran Kaotim juga merupakan usaha strategik syarikat dalam mengukuhkan kedudukan dalam bidang insurans dan takaful di era digital.
"Hala tuju kita adalah untuk menembusi pasaran produk insurans semasa. Kita tahu di luar sana permintaan terhadap perlindungan perubnatan dan jenis perlindungan lain mendapat permintaan amat tinggi.
"Jika anda boleh lihat, ini merupakan kali pertama kita lancarkan platform digital dalam suasana berbeza. Ini kerana target segment lebih meluas pada kali ini," katanya pada majlis pelancaran Kaotim anjuran Takaful Malaysia pada Rabu.
Kaotim dilancarkan sempena ulang tahun ke-39 syarikat yang menawarkan pelan perlindungan perubatan dengan harga mampu milik untuk rakyat sekali gus membolehkan transaksi dalam talian lebih lancar sesuai dengan gaya hidup terkini.
Menerusi Kaotim, Takaful Malaysia memperkenalkan medikad yang menyediakan pelan perlindungan perubatan lebih jimat dengan harga bermula serendah RM38 sebulan bagi memenuhi keperluan perlindungan mengikut kumpulan umur berbeza.
"Dengan kos transaksi platform digital lebih rendah, kami juga menawarkan harga lebih baik dan pelan takaful yang lebih mudah untuk dilanggan di pasaran," katanya.
Medikad menyediakan kemasukan hospital tanpa tunai ke hospital panel di Malaysia dan tempoh kemasukan hospital tanpa had serta elaun tunai harian untuk kemasukan ke hospital Kerajaan.
Selain itu, tawaran juga untuk mereka yang berumur antara enam sehingga 69 tahun dengan tempoh perlindungan sehingga lapan puluh lima tahun termasuk tiga pilihan pelan berbeza.
Takaful Malaysia perkenal platform digital Kaotim
Topic Berkaitan
#transaksi dalam talian
#Takaful Malaysia
#insurans
#Nor Azman Zainal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan