awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas

Bernama
Bernama
23/12/2024
08:00 MYT
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat (tengah) bersama anggotanya menunjukkan dadah jenis ecstasy, pil erimin 5, ketamin dan wang tunai yang dirampas. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa, dengan penangkapan dua lelaki tempatan pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kedua-dua lelaki berumur 33 dan 40 tahun itu ditahan menerusi tiga serbuan di sekitar bandar raya berkenaan.
"Modus operandi yang digunakan sindiket adalah dengan menjadikan rumah sewa dan kenderaan sebagai tempat pembungkusan semula dadah sebelum diedar ke pasaran sekitar Johor Bahru.
"Sindiket ini telah beroperasi sejak Oktober lepas. Mereka dikesan membungkus semula dadah dalam bungkusan berbentuk wang kertas yang apabila dilihat di kelab malam, tidak dijangka itu adalah dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, di sini hari ini.
Beliau berkata dalam tiga serbuan itu, sebanyak 1,246.5 gram (g) serbuk ekstasi; 25.1g pil erimin 5 dan 3.8g ketamin dirampas dengan nilai berjumlah RM210,721.60.
Raub berkata polis turut menyita sebuah kereta Perodua Myvi, serangkai kunci dan wang tunai RM120 dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM235,841.60.
Beliau berkata hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamine dan ketamin, manakala hasil semakan rekod mendapati mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
"Kedua-dua suspek itu direman bermula semalam sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket pengedaran dadah
#pembungkus plastik
#menyerupai wang kertas
#Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan