JOHOR BAHRU: Taktik menjadikan serbuk ekstasi seakan serbuk koko untuk mengaburi mata pihak berkuasa akhirnya tumpas, dengan tertangkapnya lima lelaki tempatan dalam dua serbuan, Isnin lepas.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kelima-lima lelaki berusia antara 17 hingga 31 tahun itu, ditahan menerusi serbuan di dua rumah sewa sekitar Iskandar Puteri antara pukul 4.00 hingga 4.30 pagi.
“Modus operandi sindiket ini ialah menjadikan rumah sewa sebagai stor penyimpanan serta pembungkusan semula dadah, sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan sama ada kegunaan peribadi atau ke pusat hiburan.
“Kegiatan sindiket ini sudah aktif beroperasi sejak Julai tahun lepas. Mereka turut membungkus semula dadah ke dalam paket minuman berperisa. Pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM1.81 juta turut dirampas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Kumar berkata dalam serbuan itu, polis merampas 23.68 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 997.4 gram ketamin, 193.5 gram ganja, 1,490 pil erimin 5 dan 41 pil ekstasi, serta pelbagai peralatan membungkus serbuk ekstasi selain dua kereta turut disita.
“Semua dadah ini boleh digunakan oleh 85,658 orang, jika ia terlepas ke pasaran. Hasil saringan air kencing mendapati empat daripada suspek positif ketamin, manakala hasil semakan rekod mendapati tiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya.
Kumar berkata kesemua mereka direman tujuh hari hingga esok, bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Dalam kes berasingan, beliau berkata seramai 780 individu termasuk tiga penjawat awam ditahan pihaknya, dalam operasi khas membanteras penyalahgunaan dadah yang dijalankan di seluruh negeri ini, bermula Isnin lepas hingga semalam.
“Tangkapan tersebut melibatkan mereka yang berusia lingkungan 18 hingga 70 tahun. Polis turut merampas pelbagai jenis dadah kira-kira 27kg yang dianggarkan bernilai lebih RM3 juta,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39C ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 04 2024
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kelima-lima lelaki berusia antara 17 hingga 31 tahun itu, ditahan menerusi serbuan di dua rumah sewa sekitar Iskandar Puteri antara pukul 4.00 hingga 4.30 pagi. - Foto Sinar Harian
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada PM
Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MSWP sasar lebih 50 emas di SUKMA Sarawak
MSWP menggalas misi besar apabila menyasarkan lebih 50 pingat emas selain menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Tumpuan Jumaat - 03 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: DVS Selangor buka kertas siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taktik jadikan ekstasi serbuk koko tumpas
Taktik menjadikan serbuk ekstasi seakan serbuk koko untuk mengaburi mata pihak berkuasa akhirnya tumpas, dengan tertangkapnya lima lelaki tempatan dalam dua serbuan, Isnin lepas.