awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Takungan semasa air di tiga empangan MADA mencukupi untuk pertanian, kegunaan domestik

Bernama
Bernama
31/07/2024
09:52 MYT
Takungan semasa air di tiga empangan MADA mencukupi untuk pertanian, kegunaan domestik
Kedudukan semasa keseluruhan takungan air di Empangan Muda, Empangan Pedu dan Empangan Ahning adalah sebanyak 44.14 peratus. - Bernama
ALOR SETAR: Jumlah keseluruhan takungan air di tiga empangan kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ketika ini masih mampu memenuhi permintaan dan keperluan bagi tujuan pengairan tanaman padi musim ini selain bagi kegunaan domestik dan industri.
Dalam kenyataan hari ini, MADA memaklumkan bahawa kedudukan semasa keseluruhan takungan air di Empangan Muda, Empangan Pedu dan Empangan Ahning adalah sebanyak 44.14 peratus.
"Sumber air utama pengairan padi bagi Musim 1/2024 adalah daripada pelepasan empangan dan sehingga hari ini, aktiviti penanaman padi mencapai 99.3 peratus iaitu seluas 99,963.9 hektar dengan berbunga 4,051.8 hektar dan mencapai peringkat masak 67.4 hektar," katanya.
MADA menyatakan pihaknya pada masa ini telah melepaskan air sebanyak 3,100 kaki padu sesaat dari Empangan Pedu bagi tujuan pertanian, kegunaan domestik dan industri.
Sementara itu, lembaga itu memaklumkan hasil Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dilaksanakan sejak kelmarin telah meningkatkan isipadu aliran masuk air ke Empangan Muda.
"Semalam, Stesen Hujan di Empangan Muda merekodkan bacaan sebanyak 2 milimeter (mm) hujan di dalam kawasan tadahan empangan hasil OPA," katanya.
Pihak MADA masih menilai keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan OPA memandangkan operasi itu masih diteruskan pada hari ini.
Dalam pada itu, laman web MADA menyatakan kapasiti semasa takungan Empangan Pedu ialah 39.71 peratus, Empangan Muda 8.04 peratus dan Empangan Ahning 81.76 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mada
#takungan air
#empangan
#kegunaan domestik
#pertanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan