awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tali pinggang keledar: JPJ Kelantan kesan 245 kes babit bas ekspres, persiaran

Bernama
Bernama
03/08/2025
22:10 MYT
Tali pinggang keledar: JPJ Kelantan kesan 245 kes babit bas ekspres, persiaran
Bagi meningkatkan kesedaran, JPJ Kelantan mengarahkan petugas kaunter dan pemandu bas membuat pengumuman pemakaian tali pinggang keledar sebelum bas memulakan perjalanan. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengesan 244 kes melibatkan penumpang dan pemandu bas ekspres serta satu kes bagi bas persiaran yang gagal mematuhi pemakaian tali pinggang keledar sejak 1 hingga 31 Julai lepas.
Pengarahnya Mohd Misuari Abdullah berkata bagi bas ekspres, sebanyak 236 kes membabitkan penumpang tidak memakai tali pinggang keledar, manakala masing-masing empat kes pemandunya tidak memakai tali pinggang keledar dan bas tidak membuat pemasangan kelengkapan tali pinggang terbabit pada tempat duduk penumpang.
"Daripada 151 bas persiaran diperiksa pula, hanya satu kes dikesan melibatkan pemandunya tidak memakai tali pinggang keledar," katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Misuari berkata menerusi operasi dijalankan, didapati 90 peratus kes dikesan melalui penumpang remaja yang kurang peka terhadap keselamatan diri semasa berada di dalam bas.
Lapan peratus kes pula, katanya dikesan melalui pemandu bas yang leka dan mengabaikan pemakaian tali pinggang keledar dan dua peratus lagi melalui penumpang bukan warga negara iaitu pelancong yang tidak memakai tali pinggang keledar.
"Bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemakaian tali pinggang keledar, JPJ Kelantan telah mengarahkan petugas kaunter dan pemandu bas membuat pengumuman pemakaian tali pinggang berkenaan sebelum bas memulakan perjalanan.
"Kaedah ini dilihat berkesan, sekali gus dapat mengelakkan penumpang dikenakan saman," katanya.
Beliau turut mengingatkan pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran untuk sentiasa mematuhi peraturan terbabit serta memastikan kenderaan itu dilengkapi sistem tali pinggang keledar yang berfungsi dengan baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas ekspres
#JPJ Kelantan
#tali pinggang keledar
#bas persiaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan