“SUMBANGAN sebanyak RM2,500 yang diterima melalui Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dalam program Talian Jiwa dapat dimanfaatkan untuk membayar sebahagian hutang dan modal untuk berniaga.”
Demikian kata Asiah Halim, 34, suri rumah yang berkongsi cabaran kehidupan akibat terkesan pandemik COVID-19 di Talian Jiwa yang bersiaran di Astro Oasis, 23 Julai lalu.
Asiah dari Kampung Budiman, Meru, Klang Selangor, mengambil langkah yang berani untuk berniaga di tapak pasar malam, Setia Taipan, Setia Alam, bermula 7 Julai 2021, dari pukul 2 petang hingga ke malam.
Ketua Wakaf dan Inovasi Sosial, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Ustaz Khaifiruddin Ahmad Din antara pengunjung datang ke gerai beliau pada hari tersebut.
“Saya membuka gerai untuk jualan makanan seperti otak-otak, lokceng dan rojak buah. Dengan duit sumbangan tersebut saya telah membeli barang tersebut termasuk kanopi.
“Harapan saya duit modal tersebut dapat mengembangkan perniagaan apabila berniaga di tapak jualan. Ia lebih dekat dengan pelanggan. Ini pengalaman pertama saya berniaga di tempat awam.
“Pada masa sama, saya perlu menitikberatkan penjagaan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan pandemik COVID-19. Sebelum ini, saya berniaga muruku dan ketupat di rumah. Pendapatan bulanan beliau boleh mencapai RM1,000 seminggu ketika itu. Tapi sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, perniagaan di rumah terjejas sehingga memperolehi RM200 sebulan.
“Tambahan pula suami saya, Mohtar Tafakol, 54, yang bekerja sebagai kontraktor tidak bekerja kerana operasi pembinaan dihentikan di sepanjang musim PKP. Dengan berniaga secara kecil-kecilan ini, saya dengan bantuan suami dapat menampung perbelanjaan harian keluarga.”
Ibu kepada enam anak ini bersyukur kerana mendapat bantuan sebanyak RM650 sebulan dari Pusat Zakat Selangor. Namun beliau dan suaminya perlu berusaha bagi menampung bayaran rumah, kereta, bil dan barangan anak kecil yang berusia dua tahun.
Program Talian Jiwa anjuran oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan kerjasama Astro Oasis dan Sinar Harian, bersiaran di saluran 106 @ Astro Oasis pada setiap Khamis, pukul 6 petang.
Ia bertujuan untuk membantu masyarakat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dengan berpandukan al-Quran dan Hadis.
Program yang dihoskan oleh Zainal Ariffin Ismail bersama Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail sebagai pentadabbur. Setiap episod Talian Jiwa menampilkan Tokoh jemputan untuk berkongsi pandangan dan memberi pencerahan bagi isu yang dikongsikan oleh dua pemanggil yang terpilih pada hari tersebut.
Bagi mereka yang memerlukan bantuan boleh daftar di https://bit.ly/PenerimaBantuanTV2021
Artikel asal disiarkan di Quran Hour.
Quran Hour
Sun Aug 08 2021
Ustaz Khaifiruddin Ahmad Din (kiri) antara pengunjung datang ke gerai beliau pada hari tersebut. - Foto Quran Hour
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.