awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Lawatan ke Itali jana potensi pelaburan RM8.13 billion
DUNIA
Pakar PBB dedah lebih 60 syarikat sokong penindasan Palestin, seru tindakan tegas terhadap Israel
DUNIA
Pakar dakwa bantuan GHF helah Israel untuk serang penduduk Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Tamadun Islam harus jadi subjek elektif, bukan wajib - MCA, DAP

Haider Yutim
Haider Yutim
13/07/2013
09:00 MYT
Tamadun Islam harus jadi subjek elektif, bukan wajib - MCA, DAP
Gambar Arkib
Dua pemimpin dari MCA dan DAP hari ini berpendapat, Tamadun Islam seharusnya dijadikan subjek elektif dan bukannya subjek wajib di Institusi Pengajian Tinggi (IPTS) tempatan.
Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu, dalam satu kenyataan menggesa Kementerian Pelajaran untuk menarik balik keputusan yang dibuat untuk pelajar IPTS tempatan, berkuatkuasa 1 September 2013.
“Mandat pelajar tempatan termasuk bukan Islam di IPTS untuk belajar dan menduduki peperiksaan kajian agama-tamadun yang berbeza adalah 'amalan yang tidak adil',” katanya memetik Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama untuk semua rakyat Malaysia.
Kata beliau walaupun kajian agama-tamadun yang disediakan merupakan sebahagian daripada kursus universiti, ia perlu dibuat secara elektif, dan bukannya subjek wajib, kerana itu amalan yang dilakukan di kebanyakkan universiti terbaik dunia.
Gan merayu kepada semua Menteri Kabinet termasuk Kementerian Pendidikan untuk memastikan penarikan balik dasar itu dan mencapai jalan penyelesaian terbaik bagi semua pihak.
Sementara itu, anggota parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berkata meskipun subjek itu seharusnya digalakkan tetapi ia tidak seharusnya dijadikan subjek wajib.
“Pemahaman terhadap kepelbagaian tamadun adalah sesuatu yang baik dan seharusnya digalakkan dalam sistem pendidikan negara kita. Malah, DAP pernah beberapa kali menganjurkan dialog ketamadunan berlainan untuk memupuk persefahaman dan hormat-menghormati antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.,” katanya.
Tambahnya, meskipun DAP menghargai usaha untuk memperkenalkan subjek Tamadun Islam, namun, ia seharusnya diperkenalkan sebagai subjek elektif dan bukannya subjek wajib.
Menurut Loke, pendekatan untuk mewajibkan pembelajaran subjek ini memberikan satu gambaran yang negatif di kalangan pelajar bahawa mereka terpaksa menduduki subjek tersebut tanpa kerelaan.
“Malah, pendekatan wajib seperti ini tidak akan menghasilkan unsur-unsur pemahaman dan nilai-nilai positif seperti yang diharapkan,” katanya.
Tambah Loke lagi, nilai-nilai murni dari sejarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia perlu dipupuk bukan sahaja di peringkat tertiari malah perlu diserap dalam sukatan matapelajaran di peringkat sekolah menengah lagi seperti subjek Sejarah dan Pengajian Am.
Topic Berkaitan
#DAP
#elektif
#ipts
#MCA
#tamadun Islam
#Wajib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami