awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah tegas Agong warnai minggu pertama sidang Dewan Rakyat
Papa Roach menggegarkan Kuala Lumpur buat kali pertama
RPN 2026-2035 memanusiakan sistem pendidikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tamat khidmat pengiring bermotosikal polis Tun Mahathir, Zahid serah kepada KPN

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/05/2016
12:08 MYT
Tamat khidmat pengiring bermotosikal polis Tun Mahathir, Zahid serah kepada KPN
Sebuah portal berita tempatan melaporkan baru-baru ini bahawa polis tidak lagi menyediakan perkhidmatan dua pengiring ke atas Dr Mahathir (gambar). - Gambar fail
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan kononnya khidmat pengiring bermotosikal polis ke atas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah dihentikan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Khalid kerana isu tersebut berkaitan operasi dan bukan dasar Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Saya telah menyerahkan perkara ini kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara untuk mengeluarkan kenyataan.
"Ini kerana dalam operasi pihak polis, saya lazimnya tidak terlibat dalam soal operasi, saya hanya melibatkan soal dasar sahaja," katanya kepada Astro AWANI selepas temubual eksklusif Analisis AWANI Khas di sini hari ini.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan dengan menyifatkan tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis ke atas Dr Mahathir merupakan tindakan tepat.
Ujar Mohamed Nazri, ia sepatutnya telah lama dilakukan kerana katanya selama ini Dr Mahathir sendiri yang memilih untuk membahayakan dirinya dengan pergi ke pelbagai tempat bercakap dan berucap perkara yang mengguris hati pihak tertentu.
Sebuah portal berita tempatan melaporkan baru-baru ini bahawa polis tidak lagi menyediakan perkhidmatan dua pengiring ke atas Dr Mahathir berkuatkuasa 28 April lalu.
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir
#sarawak2016
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#Tun M
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan