awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pearly-Thinaah intai gelaran Super 1000 di Terbuka Malaysia
Peniaga didenda RM80,000 buat sambungan haram elektrik bagi lombong bitcoin
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambah baik skim pembantu tadbir: CUEPACS cadang pasukan petugas bersama

Bernama
Bernama
20/11/2025
14:45 MYT
Tambah baik skim pembantu tadbir: CUEPACS cadang pasukan petugas bersama
Adnan berkata cadangan tersebut dibentangkan dalam satu pertemuan dengan JPA yang berlangsung semalam, selain tiga opsyen penambahbaikan gred jawatan tersebut. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar diwujudkan sebuah pasukan petugas bersama, bagi merangka justifikasi yang lebih komprehensif berhubung tuntutan penambahbaikan skim perkhidmatan kumpulan pembantu tadbir.

Ringkasan AI
  • CUEPACS mencadangkan penubuhan pasukan petugas bersama untuk merangka justifikasi tuntutan penambahbaikan skim perkhidmatan kumpulan pembantu tadbir.
  • Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, menyatakan bahawa tiga opsyen penambahbaikan gred jawatan telah dibentangkan dalam pertemuan dengan JPA.
  • Cadangan melanjutkan had usia persaraan wajib penjawat awam ke 65 tahun masih dalam penelitian kerajaan, dengan perkembangan terbaharu melibatkan sesi libat urus antara JPA, CUEPACS, dan persatuan pesara.

Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat berkata cadangan tersebut dibentangkan dalam satu pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang berlangsung semalam, selain tiga opsyen penambahbaikan gred jawatan tersebut.
"Pasukan petugas dicadangkan untuk menggabungkan wakil JPA dan pasukan petugas CUEPACS, memandangkan kita turut mempunyai jawatankuasa khas yang telah menjalankan kajian serta mengemukakan dapatan berkaitan skim berkenaan.
"Dalam perjumpaan juga kita telah membentangkan semula tiga opsyen kenaikan gred seperti kita cadangkan sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Sambutan Hari Pembantu Tadbir dan Reformasi Pentadbiran Awam Negeri Perak, di sini hari ini.
Sebelum ini CUEPACS mengemukakan tiga cadangan kepada pihak JPA bagi menambah baik gred jawatan tersebut.
Antaranya kenaikan daripada gred N1 ke N5 atau pelaksanaan penerapan sekali beri seperti yang pernah dilakukan bagi skim lain pada tahun 2016 sekiranya mempunyai kelayakan akademik, serta pemberian kenaikan pangkat automatik selepas tahun perkhidmatan tertentu.
Sementara itu, mengulas mengenai cadangan melanjutkan had usia persaraan wajib penjawat awam ke usia 65 tahun, Adnan berkata belum ada keputusan muktamad dibuat berhubung cadangan itu setakat ini kerana perkara tersebut masih dalam penelitian kerajaan.
"Pada masa hadapan, dijangka akan ada dua skim utama dalam perkhidmatan awam, iaitu Skim Tetap Berpencen dan Skim Lantikan Tetap Bercarum.
"Dasar semasa kerajaan tetap mengekalkan umur persaraan pada 60 tahun, namun bagi skim lantikan tetap bercarum, kita melihat mungkin perlu berlaku sedikit penyesuaian yang perlu dilihat lebih mendalam," katanya.
Terdahulu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilaporkan berkata sesi libat urus masih berlangsung antara JPA bersama pihak berkaitan termasuk CUEPACS dan persatuan pesara, bagi cadangan menaikkan umur persaraan wajib penjawat awam kepada 65 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuepacs
#penjawat awam
#persaraan wajib
#kelayakan akademik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan