awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambang baharu komuter perlu untuk tampung kenaikan kos - Pengerusi KTMB

Bernama
Bernama
01/11/2015
11:29 MYT
Tambang baharu komuter perlu untuk tampung kenaikan kos - Pengerusi KTMB
Menurut laporan, kadar baharu tambang perkhidmatan itu dijangkakan sebanyak 15 sen sekilometer berkuatkuasa 2 Dis ini berbanding kadar sekarang 11 sen sekilometer. - Gambar Hiasan
Kenaikan kadar tambang perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTMB) yang dijangka akan diumumkan esok tidak dapat dielakkan memandangkan KTM perlu meningkatkan kekerapan perkhidmatan itu, kata pengerusinya, Datuk Ir Nawawi Ahmad, hari ini.
Katanya kekerapan perkhidmatan komuter itu dicadangkan untuk ditingkatkan kepada 7.5 minit setiap satu berbanding dengan di antara 15 dan 30 minit sekarang dan pelaksanaan rancangan ini akan melibatkan peningkatan kos.
"Selain itu kos-kos seperti gaji, elektrik, senggaraan dan lain-lain lagi meningkat setiap tahun dan harga tiket pula tidak pernah naik sejak beberapa tahun sudah," katanya ketika diminta mengulas satu laporan atas talian sebuah akhbar hari ini berhubung kenaikan tambang perkhidmatan itu.
Laporan berkenaan turut menyebut kadar baharu tambang perkhidmatan itu dijangkakan sebanyak 15 sen sekilometer berkuatkuasa 2 Dis ini berbanding kadar sekarang 11 sen sekilometer.
Bagaimanapun, Nawawi yang juga Anggota Parlimen Langkawi, enggan mengesahkan kadar baharu yang disebut akhbar berkenaan dan berkata perkara itu akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) esok.
Topic Berkaitan
#Datuk Ir Nawawi Ahmad
#Keretapi Tanah Melayu
#KTMB
#tambang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan