KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memantau perkhidmatan e-hailing dari semasa ke semasa dan mengumpul serta menganalisis maklumat sebelum sebarang perubahan dibuat, termasuk cadangan keperluan kawal selia kadar tambang.
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menerusi kenyataan kepada Bernama memaklumkan faktor seperti persekitaran pemandu, penumpang, penyedia perkhidmatan dan lain-lain persekitaran perlu diambil kira bagi memastikan penawaran dan permintaan seimbang.
Menurut agensi itu, konsep perkhidmatan e-hailing melibatkan persetujuan bersama antara pengguna dan penyedia perkhidmatan bagi tempahan perjalanan menerusi aplikasi yang memaparkan jumlah tambang dan pengguna mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan tempahan ataupun tidak.
"Sehingga kini terdapat lebih 10 penyedia perkhidmatan e-hailing utama yang menawarkan perkhidmatan tersebut," menurut kenyataan agensi itu susulan rungutan pengguna mengenai tambang yang disifatkan semakin mahal selain perkhidmatan sukar didapati pada waktu puncak.
Tambang perkhidmatan itu dilaporkan meningkat hingga 400 peratus pada waktu puncak sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati pengguna serta beberapa pihak lain kerana disifatkan tidak masuk akal sekali gus menggesa campur tangan kerajaan antara lain berkaitan kawal selia harga.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Nur Azam Anuarul Perai berkata, cadangan mengawal selia harga misalnya menetapkan harga siling dikhuatiri akan menyebabkan kekurangan pemandu kerana meninggalkan industri itu susulan pulangan tidak memadai.
"Kenaikan harga kebanyakannya berlaku ketika waktu puncak iaitu permintaan lazimnya lebih tinggi berbanding waktu lain dan keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya tiada pemandu bersetuju untuk menjawab permintaan penumpang," katanya.
Mengulas mengenai kemungkinan kenaikan tambang dan kemerosotan kualiti perkhidmatan disebabkan dominasi pasaran oleh syarikat tertentu, Nur Azam berpandangan kenaikan harga tidak semestinya berpunca daripada 'amalan monopoli' sebaliknya ia juga dipengaruhi banyak faktor lain.
Beliau berpendapat permintaan tinggi berbanding penawaran sedia ada menjadi aspek peningkatan tambang dengan ia mewujudkan situasi pasaran penjual iaitu keadaan harga ditetapkan oleh penjual atau penyedia perkhidmatan.
"Fenomena ini tidak dapat dielak di dalam pasaran bebas iaitu harga dipengaruhi oleh permintaan," katanya.
Nur Azam juga tidak melihat wujud unsur monopoli dalam pasaran industri tersebut memandangkan tiada sekatan untuk mana-mana pihak menubuhkan syarikat e-hailing dan ketiadaan kawalan harga juga boleh menggalakkan persaingan kerana syarikat terpaksa menawarkan harga berpatutan.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman pula berharap lebih banyak persaingan wujud dalam kalangan syarikat e-hailing bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan yang baik dengan harga berpatutan dan kompetitif.
"Perkhidmatan e-hailing sekarang sudah mula disamakan dengan kualiti perkhidmatan teksi dahulu (sebelum wujud e-hailing) iaitu harga terlampau tinggi dan tidak munasabah terutama pada waktu puncak," katanya yang juga mencadangkan pihak berkuasa menyiasat sekiranya terdapat unsur monopoli seperti didakwa segelintir pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022
Faktor seperti persekitaran pemandu, penumpang, penyedia perkhidmatan dan lain-lain persekitaran perlu diambil kira bagi memastikan penawaran dan permintaan seimbang. - Gambar hiasan/Bernama
Serangan ke atas Safiq Rahim tiada kaitan insiden babit dua pemain kebangsaan - Polis Johor
Orang ramai diminta memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan termasuk meneliti kamera litar tertutup berdekatan lokasi kejadian.
Jet pejuang F-16 RSAF terhempas, juruterbang diberi rawatan
Menurut kenyataan MINDEF, juruterbang terbabit bertindak mengikut prosedur kecemasan, dan berjaya keluar dari pesawat tersebut.
14 termasuk remaja bawah umur didakwa merusuh dengan parang, anggotai 'Geng 24'
Sekumpulan 14 lelaki termasuk tiga remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas kesalahan merusuh dengan senjata.
Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli sakit paru-paru dapatkan rawatan
Pesakit mengalami batuk dan selesema berlarutan selama dua hari diiringi ibunya Tini Alang, 34, menaiki pesawat jenis Mi-17-IV.
Mat Yo doa kesembuhan Faisal Halim, sifatkan pemain lincah
Bekas penyerang kebangsaan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo mendoakan rakan seperjuangannya, Faisal Halim diberi kesembuhan dan dapat beraksi semula di padang di masa akan datang.
Keadaan Faisal Halim semakin baik, tidak sabar kembali berlatih
Keadaan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim semakin baik selepas menjalani pembedahan kedua pada Selasa malam.
[TERKINI] Insiden Safiq tiada kaitan kes Faisal, Akhyar - Polis
Polis percaya insiden serangan kereta permain JDT, Safiq Rahim tiada kaitan dengan dua insiden membabitkan pemain bola sepak sebelum ini iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid.
Lelaki dipenjara 36 tahun, 40 sebatan rogol anak saudara bawah umur
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 40 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 14 tahun
Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM
Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Hakim terkhilaf bebaskan Bung Moktar, Zizie Izette - Pendakwaan
Pendakwaan berkata, hakim itu terkhilaf dalam menjalankan bidang kuasa semakan, selepas keputusan prima facie Mahkamah Sesyen yang memberikan penilaian maksimum di peringkat pendakwaan.
Pemandu bas halau penumpang: APAD arah siasatan lanjut dijalankan
Memandang serius insiden berkenaan, APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa syarikat itu telah menggantung tugas pemandu bas terlibat.
Aidilfitri: Tiket ke utara, tren ELA ke Pantai Timur habis dijual - Loke
Semua tiket melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) menghala ke Utara dan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) ke Pantai Timur telah habis dijual sempena sambutan Aidilfitri.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.
Aidilfitri: APAD harap lebih banyak pengendali bas ekspres mohon LPS
APAD turut mengingatkan pengendali bas ekspres berkenaan supaya mengenakan tambang yang munasabah.
Aidilfitri: Kadar tambang bas ekspres ekonomi meningkat 10 peratus - APAD
Kadar tambang bas ekpres kategori perkhidmatan ekonomi mengalami kenaikan 10 peratus sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri mulai 4 hingga 17 April ini.
Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD
Harga tiket bas berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.
LPS: Terhad kepada bas ekspres ekonomi, tidak melebihi had usia 10 tahun - APAD
Permohonan Lesen Perubahan Sementara Perayaan yang dibuka mulai 15 Jan hingga 5 Feb 2024 adalah terhad kepada perkhidmatan bas ekspres ekonomi.
APAD dapatkan maklum balas cadangan pembinaan sistem trem moden di Melaka
Pandangan dan maklum balas penting sebelum keputusan railway scheme dikeluarkan untuk pelaksanaan kerja-kerja pembinaan trem.
Nahas enam beranak di Segamat: APAD batal lesen pengendali syarikat lori
Hasil siasatan APAD mendapati syarikat berkenaan tidak mematuhi keperluan syarat berkanun lesen yang ditetapkan.
Audit kemalangan di Putrajaya diserahkan kepada APAD Isnin depan
Aedy Fadly berkata, pihak JPJ turut terlibat dalam siasatan kes terbabit dan laporan itu sedang disiapkan.