IPOH: Isu kenaikan tambang feri ke Pulau Pangkor sudah dibawa ke peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) untuk dibincangkan secara tuntas.
Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, beliau peka dengan kegusaran yang dihadapi ramai pihak ketika ini, termasuk pemain industri pelancongan, berhubung isu tersebut.
Bagaimanapun, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak itu, perkara tersebut di luar kawalan kerajaan negeri.
"Kenaikan harga tiket feri itu kerana caj bahan api meningkat. Jadi, ini adalah di luar kawalan kita. Ia lebih berasaskan kepada desakan harga pasaran dan permintaan.
"Bagaimanapun, kita akur ini menjadi satu kegusaran bagi penggiat industri, khususnya yang mengharap pengunjung ramai menaiki feri dan merasakan ia (harga) tinggi.
"Kita telah pun membawa isu ini ke MMK di bawah portfolio Exco Datuk Mohd Zolkafly Harun. Jadi, mungkin kita akan kongsikan kemudian apa langkah dan tindakan yang boleh dibuat selepas ini," katanya.
Nolee Ashilin berkata demikian kepada pemberita pada sidang media khas Apresiasi Seni, Budaya dan Warisan Negeri Perak di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah JKKN Mesran Mohd Yusop, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Tourism Perak Management Berhad Datuk Mohamad Kamil Shafie.
Mengulas lanjut, Nolee Ashilin juga berkata, kenaikan harga tiket feri itu telah dimaklumkan kepada pemain industri yang terlibat termasuk operator pengangkutan ke pulau tersebut.
"Saya difahamkan, beberapa siri perjumpaan sudah diadakan sebelum ini, iaitu sebelum mereka menaikkan harga tiket feri.
"Peringkat Kementerian (Pengangkutan) yang memberi kebenaran (menaikkan tambang) kepada mereka, bukan kerajaan negeri," tambahnya.
Ditanya sama ada kenaikan itu sedikit sebanyak merencatkan kedatangan pengunjung ke pulau peranginan itu, Nolee Ashilin berkata kesannya masih dalam peringkat pemantauan.
"Setakat ini belum mendapat maklumat akan menjejaskan, kerana sekarang sedang di luar musim kemuncak.
"Cuti hari raya Aidiladha nanti kita boleh melihat sama ada ia sebenarnya akan membawa kesan yang mudarat kepada pelancongan di Pangkor atau tidak," katanya lagi.
Isnin lalu media melaporkan, tambang bagi perjalanan dua hala ke Pulau Pangkor kini meningkat kepada RM20 berbanding RM14 sebelum ini bagi dewasa manakala kanak-kanak pula RM11, mulai 1 Julai lalu.
Kenaikan tambang itu diakui seorang operator feri di Jeti Lumut, Rositah Abdul Razak, yang menjelaskan perkara itu tidak dapat dielakkan kerana peningkatan kos operasi mereka.
Menurutnya, bahan api, penyelenggaraan dan penetapan gaji minimum sebanyak RM1,500 oleh kerajaan antara punca menyebabkan perkhidmatan pengangkutan tersebut meningkatkan kos operasi.
Aida Aziz
Wed Jul 06 2022

Nolee Ashilin (kanan) merasmikan majls Apresiasi Seni, Budaya dan Warisan Negeri Perak 2022 di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak (JKKN) di Ipoh, 6 Julai 2022. Turut sama, Mesran (dua, kiri) dan Rumaizi (kiri). --fotoBERNAMA

Saham | Mampukah Malaysia kekalkan momentum bersama pelabur asing?
Imran Yassin Md Yusof, Ketua, MIDF Research

Empat rumah hangus, lelaki redah api selamatkan keluarga
Cheah Wei Liang mengalami melecur di dada dan lengan kirinya dalam kebakaran melibatkan empat rumah separa kayu itu.

Kerian Solar mula operasi, bawa Malaysia capai sasaran tenaga boleh baharu
Kerian Solar berjaya mencapai tarikh operasi komersial dalam tempoh 22 bulan selepas memulakan aktiviti pembinaan pada Oktober 2020.

DBKL naik taraf penghadang laluan pejalan kaki mesra OKU
Langkah itu sebagai maklum balas terhadap penularan sebuah video mengenai kesukaran orang awam ketika melalui penghadang sedia ada.

Pejabat HAL India akan dibuka di Kuala Lumpur
Pejabat itu membantu HAL memanfaatkan peluang perniagaan baharu untuk jurulatih utama pejuang LCA dan keperluan lain TUDM.

In Realty | Hartanah yang menghubungkan lima lebuh raya utama
Segmen In Realty kali ini, Syed Farradino Omar menjenguk kediaman berbentuk Town House di selatan Lembah Klang dekat Cybersouth. Menariknya, pemilik berbeza bagi tingkat atas dan bawah, namun berkongsi satu 'courtyard' yang sama di tengah rumah. Pembangunan Casa Bayu ini lengkap dengan pelbagai kemudahan dan persekitaran yang aman.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [19 Ogos 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [19 Ogos 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983298/thumbnails/39048491611660869375980_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [19 Ogos 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Rayuan SRC: Najib akui tidak dapat pertahankan diri, bantah keputusan panel hakim Portal aduan buli dilancar, adu terus ke Kementerian Pendidikan - Radzi Pelajar terbaik STPM 2021, Nur Yasmin amal surah Al-Waqiah, Yasin #AWANInews #MalaysiaBangkit

Derita sakit buah pinggang selepas makan mi segera setiap hari
Mohd Faisal bersyukur Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) membantu membiayai bil rawatan cucian darahnya.

PM Finland kesal video menari tular tersebar
Jelas Sanna Marin, video berkenaan dirakam untuk simpanan peribadi dan sepatutnya hanya untuk tontonan rakan-rakannya.

Dua ahli perniagaan minat beli Manchester United
Walaupun masa depannya tidak menentu, namun beberapa pihak dilihat berminat mengambil alih daripada keluarga Glazer.

Jabatan Perikanan tidak dapat kenal pasti spesies ubur-ubur beracun di Pulau Pangkor
Media sebelum ini melaporkan berkenaan kematian seorang kanak-kanak warga Perancis berusia lima tahun selepas disengat ubur-ubur.

Tiada penampakan ubur-ubur beracun di Pantai Teluk Nipah - Jabatan Perikanan
Siasatan awal Jabatan Perikanan Negeri Perak mendapati tiada penampakan ubur-ubur beracun dan berbahaya kawasan pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor.

Kanak-kanak warga Perancis maut terkena sengatan ubur-ubur di Pulau Pangkor
Orang awam yang berhampiran dengan mangsa telah datang dan membawa mangsa ke tepi pantai dan mendapati mangsa telah terkena sengatan ubur-ubur.

Jabatan Perikanan pantau fenomena ikan bilis terdampar di Pulau Pangkor
Jabatan Perikanan Negeri Perak akan memantau fenomena ikan bilis naik ke darat dan terdampar di pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor dari semasa ke semasa.

Kerajaan diminta kaji semula kenaikan tambang feri ke Pulau Pangkor
Kenaikan harga terlalu tinggi membebankan pelancong golongan pertengahan dan bukan mewah.

Tambang feri Pulau Pangkor: Kerajaan negeri bincang kenaikan harga tiket - Exco
Beliau sedar kegusaran dihadapi ramai pihak termasuk pemain industri pelancongan ketika ini.

Pelancong lebih memilih laluan darat punca penerbangan ke Pulau Pangkor ditangguh
Penerbangan itu telah ditangguhkan sementara sejak 29 Mei lepas dan ia merupakan keputusan syarikat SKS Airways Sdn Bhd.

3 cedera, 7 selamat van terbabas di Pulau Pangkor
Tiga cedera manakala tujuh lagi selamat setelah van yang dinaiki mereka terbabas di bahu jalan di Jalan Teluk Nipah, Pulau Pangkor di sini petang tadi.

Gagal kemuka dokumen sah, bot tunda dan tongkang ditahan
Maritim Malaysia Negeri Perak menahan sebuah bot tunda bersama tongkang di kedudukan 0.3 batu nautika timur Pulau Pangkor pagi tadi.

Fenomena air surut gamit pengunjung ke Pulau Pangkor
Fenomena itu membolehkan orang ramai berjalan dari pantai merentasi tengah laut pada kira-kira pukul 11 pagi berikutan kedalaman air ketika ini mencecah paras terendah, sekitar 0.2 meter sahaja.