awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambang LRT Monorail naik, orang ramai beri reaksi negatif

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
11/12/2013
23:26 MYT
Tambang LRT Monorail naik, orang ramai beri reaksi negatif
Pengumuman Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar tentang kenaikan tambang LRT dan Monorail tahun hadapan telah mengundang pelbagai reaksi di media sosial.
Rata-rata dari mereka kurang berpuas hati dengan cadangan tersebut tambahan pula dengan kenaikkan tarif elektrik, harga barang dan minyak petrol yang berlaku baru-baru ini.
Kalau sebelum ni, tambang LRT aku pergi balik untuk sebulan pun dah RM138, apa lagi kalau dah naik? Hahaha
— AHMAD (@AhmadZafran) December 11, 2013
Dengar cerita tambang LRT dgn monorail naik tahun depan, hmm elektrik naik, petrol naik, yelah orang kaya mana rasa beban...
— Nazuar Fahmy (@FahmyIsWicked) December 11, 2013
LRT & Monorail jangka tambang dinaikkan. KTM Komuter juga akan kaji semula harga tambang. Minyak dah. Eletrik dah. Lepas ini apa nak naik?
— klubbkidd™ (@klubbkiddkl) December 11, 2013
kalau tambang lrt naik mmg berkira kira jgklah nk keluar dgn kwn, sbb lrt jelah pengangkutan org yg tkde lesen mcm gua ni
— syzwna (@eofee) December 11, 2013
Saran rakyat untuk naik pengangkutan awam tapi tambang LRT dengan Monorail naik. Abenda ni?
— x (@d00dz) December 11, 2013
LRT & Monorail jangka tambang akan dinaikkan. KTM Komuter juga akan kaji semula harga tambang. minyak naik. elektrik naik. ape lg nak naik?
— RAFFY (@RaffyAzmiee) December 11, 2013
LRT tu main public transport in KL... Majority pergi kerja/kelas/jalan2 naik LRT.. Dan LRT jugak jadi pilihan untuk harga tambang dinaikkan.
— TheInspector (@TheInspec_tor) December 11, 2013
Di Facebook Astro AWANI pula dihujani dengan komen-komen yang turut tidak bersetuju dengan peningkatan tambang tersebut.
MrArtz Paz "Kasihan pelajar yang menaiki LRT "
Faresh Hafiz "Sepatutnya tambang semakin lama semakin turun sebab modal dan keuntungan dah lama dapat dan tercapai."
Rizal Rodzuan "Saya faham selepas PRU akan ada kenaikan harga barang, tapi tak sangka begitu banyak harga barang dan perkhidmatan naik"
Selain itu, tidak kurang juga ada yang mengharapkan agar kadar gaji dinaikkan seiring dengan pengumuman kenaikkan harga barang dan perkhidmatan.
Semua harga barang naik, tambang LRT pun nak naik, tapi gaji tak naik naik. #Malaysia
— erni (@erniadilla_) December 11, 2013
Tambang LRT & Monorel naik tahun depan. Ya Allah mintak2 naik gaji sekali
— IamMidi (@midi1204) December 11, 2013
Ada juga yang mahukan agar mutu perkhidmatan LRT dan Monorail diperbaiki sejajar dengan kenaikkan harga tambang.
Armadaramor Shi "Harap dengan kenaikan ini sesuai dengan perkhidmatan yang disediakan"
Fiza Azrin "Memang tunggu lama dah berita ini, servis kena terbaik la harapnya"
Noor Hafiza Bahrudin "Servis perlu perbaiki"
Azura Razak "Kalau dah naik tu, silalah perbaiki mutu perkhidmatan jangan asyik tren 'delayed'".
Menurut Syed Hamid Albar, semakan semula terbabit akan mengambil kira beberapa faktor agar kenaikan itu tidak membebankan pengguna.
Topic Berkaitan
#LRT
#Monorail
#SPAD
#tambang naik
#Tan Sri Syed Hamid Albar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan