PUTRAJAYA: Pemberian tambang percuma perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) membuka lebih banyak peluang dan memudahkan kebolehcapaian untuk komuniti berkenaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata inisiatif itu membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan hari ini adalah kerajaan yang cakna dan prihatin terhadap kebajikan rakyat.
"Inisiatif amat bermakna ini boleh membuka lebih banyak peluang dan memudahkan kebolehcapaian untuk komuniti OKU dan tentu sekali menyokong usaha kerajaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam pembangunan masyarakat lebih inklusif di Malaysia demi pengukuhan kesejahteraan sosial rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nancy turut merakamkan terima kasih dan syabas kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke atas insentif tambang percuma kepada penumpang OKU.
Beliau berkata hal itu hasil perbincangan pada Januari lepas yang pada ketika itu telah memaklumkan persetujuan secara prinsip terhadap cadangan berkenaan dan akan mencari mekanisme bersesuaian untuk melaksanakannya.
Terdahulu hari ini, Loke mengumumkan semua pemegang kad OKU dapat menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan pengangkutan awam di bawah Prasarana iaitu perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan Bas Rapid di sekitar Lembah Klang bermula 1 Feb 2024.
Nancy berkata KPWKM juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pengangkutan atas pelancaran Projek Rintis Koc Wanita MRT Laluan Kajang pada hari ini dalam usaha mengurangkan risiko gangguan seksual terhadap wanita semasa menggunakan pengangkutan awam bagi memberi lebih keyakinan dan rasa selamat dalam kalangan penumpang wanita.
"Ini juga selaras dengan fokus kerajaan untuk menyediakan ekosistem yang terbaik dalam meningkatkan penyertaan wanita ke dalam pasaran buruh tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Nancy berkata inisiatif itu membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan hari ini adalah kerajaan yang cakna dan prihatin terhadap kebajikan rakyat. - Gambar fail/Bernama
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prasarana diarah kemuka laporan lengkap insiden tayar monorel terbakar - Anthony Loke
Prasarana diarah supaya mengemukakan laporan penuh berhubung insiden tayar monorel terbakar dan terjatuh di atas jalan raya di laluan Stesen Monorel Titiwangsa pada Selasa.
Penggunaan pengangkutan awam meningkat, purata 1.1 juta pengguna sehari - Prasarana
Perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) merangkumi LRT, MRT dan Monorel mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119.
PRU15: Tambang percuma pada hari mengundi esok - Prasarana
Tambang percuma itu meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi LRT, MRT, Monorel, Transit Aliran Bas atau bas henti-henti.
Gangguan perkhidmatan LRT: Pampasan dalam bentuk pelanjutan tempoh sah laku pas
Tempoh sah laku akan dilanjutkan, berapa lama bergantung kepada pengurusan Prasarana.
Banjir: Jumlah kerugian Taman Pertanian Negeri Sekayu mencecah RM1 juta
Banjir kali ini adalah yang paling teruk pernah berlaku menyebabkan kemusnahan terhadap beberapa prasarana.
Pasukan penyiasat JKKP mulakan siasatan segera tapak projek LRT3 - KSM
KSM telah mengarahkan pasukan pegawai penyiasat JKKP Wilayah Persekutuan serta JKKP Selangor memulakan siasatan segera susulan insiden runtuhan perancah besi di LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang.
Ditamat perkhidmatan, Tajuddin ucap 'terima kasih'
Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang Rabu.
PRN Sabah: Sepak, tukar sahaja jika tidak laksana tanggungjawab - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan semua pemimpin BN perlu melaksanakan amanah diberikan kepada mereka dengan memberi yang terbaik untuk rakyat.
Liga-M perlukan Kelantan saingi JDT - Norizam
Ahli perniagaan itu memasang hasrat besar selepas melengkapkan proses pemilikan bekas juara 'treble' 2012 berkenaan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada Khamis lalu.
Fasiliti kesihatan lengkap penting bagi operasi penjara, pusat tahanan
Langkah meletakkan doktor bertauliah sebagai sebahagian daripada operasi di pusat tahanan adalah baik kerana mereka boleh memberi respons segera.