KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memulangkan semula tambang perjalanan secara penuh, kepada penumpang yang tidak dapat meneruskan perjalanan akibat gangguan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di antara Kamunting dan Bukit Merah pada 9 April.
KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penumpang yang terkesan, boleh menghantar permohonan ke e-mel [email protected].
"Kesulitan ini amat kami kesali dan penumpang yang tidak meneruskan perjalanan, boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh.
"Bagi penumpang yang membeli Pelan Takaful Premium boleh membuat tuntutan dengan menghubungi Etiqa Claim Assist di talian 010-3687829 atau e-mel kepada [email protected]," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini media tempatan melaporkan perkhidmatan kemudahan awam tersebut terganggu selama hampir empat jam pada Selasa.
KTMB dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, ETS tersebut mengalami gangguan akibat talian elektrik yang terputus di KM79.50 di antara Kamunting dan Bukit Merah.
Menurut kenyataan itu gangguan pada 5.30 petang, telah menyebabkan perkhidmatan ETS EP9176 dan EP9179 mengalami kelewatan daripada jadual asal melebihi dua jam, sebelum penumpang dipindahkan ke set ETS bantuan pada 9.15 malam kemudiannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
KTMB memaklumkan bahawa penumpang yang terkesan, boleh menghantar permohonan ke e-mel [email protected]. - Gambar hiasan
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
Tambang perjalanan ETS terganggu dipulangkan secara penuh - KTMB
KTMB akan memulangkan semula tambang perjalanan secara penuh, kepada penumpang yang tidak dapat meneruskan perjalanan akibat gangguan perkhidmatan ETS.
Jualan tiket ETS KTMB Aidilfitri: Lebih 80 peratus telah dijual
Lebih 80 peratus daripada 119,880 tiket perkhidmatan ETS KTMB yang ditawarkan bagi tempoh perjalanan Aidilfitri dari 1 hingga 15 April, telah terjual setakat pagi tadi.
Trip ETS ditambah dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina
Terdapat penambahan empat perkhidmatan sehari bagi laluan KL Sentral - Ipoh - KL Sentral sepanjang tempoh 7 Februari hingga 13 Februari 2024.
Kren tumbang: Perkhidmatan komuter, ETS kembali pulih
Tren komuter pertama bernombor 2301 telah memulakan operasi seawal 5.05 pagi tadi dari stesen Tanjung Malim ke KL Sentral.
Perkhidmatan Komuter Lembah Klang, ETS alami gangguan akibat kren tumbang
Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) hari ini mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren tumbang berhampiran landasan.
Gangguan KTM komuter Lembah Klang, ETS susulan gelinciran tren
Perkhidmatan KTM komuter Lembah Klang dan tren elektrik (ETS) mengalami gangguan pada pagi Rabu susulan insiden gelinciran tren kejuruteraan projek.
KTMB sedia tren ETS sempena Deepavali
KTMB akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua unit ETS bagi laluan stesen KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya sempena sambutan perayaan Deepavali.
KTMB tawar diskaun 50 peratus untuk ETS sepanjang Julai ini
KTMB menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi pembelian tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) sepanjang bulan ini.
KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha
Tren-tren tambahan ini akan beroperasi selama enam hari bermula 27 Jun hingga 2 Julai. Sebanyak 24 perkhidmatan tambahan ditawarkan untuk tempoh yang dinyatakan.
KTMB tawar 4.4 juta tiket bagi tempoh Julai hingga Disember 2023
Sebanyak 1.8 juta tiket ditawarkan untuk perkhidmatan ETS, sementara bagi perkhidmatan KTM Intercity, 2.6 juta tiket disediakan.