awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trip ETS ditambah dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina

Azib Zikry
Azib Zikry
12/01/2024
03:30 MYT
Trip ETS ditambah dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina
Kementerian Pengangkutan (MOF) melalui Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan penambahan perkhidmatan tren elektrik (ETS) untuk memenuhi permintaan tinggi sempena Tahun Baharu Cina. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan melalui Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan penambahan perkhidmatan tren elektrik (ETS) untuk memenuhi permintaan tinggi sempena Tahun Baharu Cina.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif ini diharapkan dapat memberikan kemudahan kepada penumpang yang ingin pulang ke kampung halaman.
Menurut beliau, terdapat penambahan empat perkhidmatan sehari bagi laluan KL Sentral - Ipoh - KL Sentral sepanjang tempoh 7 Februari hingga 13 Februari 2024.
Kata Anthony juga, bagi laluan KL Sentral - Padang Besar - KL Sentral pula, dua perkhidmatan tambahan sehari juga akan disediakan dari 7 Februari hingga 10 Mac 2024.
Dalam pada itu, tegas beliau, penambahbaikan yang turut dilakukan KTMB ialah merangkumi tren ekspres yang bakal mempercepat perjalanan pengguna
“Dua daripada empat perkhidmatan tambahan KL Sentral - Ipoh - KL Sentral akan mempercepatkan masa perjalanan kepada dua jam berbanding 2 jam 40 minit seperti biasa.
“Tren ini hanya akan berhenti di tiga stesen iaitu KL Sentral, Kuala Lumpur dan Ipoh," tambah beliau dalam sidang media pengumuman khas sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2024, di sini, hari ini.
Menurutnya, lagi jumlah tiket tambahan yang ditawarkan sepanjang Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah pula adalah sebanyak 29,526.
“Sementara itu, bagi 32 perkhidmatan ETS sedia ada, jumlah tiket yang ditawarkan adalah sebanyak 10,180 sehari.
“Tiket untuk perkhidmatan tambahan akan mula dijual kepada orang ramai pada 15 Januari 2024, jam 12 tengah hari,” kata beliau lagi. Menteri Pengangkutan itu juga menjelaskan, kesemua inisiatif ini bertujuan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam semasa musim perayaan.
“Bagi memudahkan urusan, penumpang juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dan tiba awal di stesen untuk urusan dokumentasi di pintu masuk.
“Pembelian tiket boleh dilakukan melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau kiosk-kiosk tiket di semua stesen utama KTMB,” tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Tahun Baharu Cina
#ETS
#KTMB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan