awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tampar juruwang hamil, pemandu lori ais didenda RM1,500

Hilmi Malik
Hilmi Malik
17/12/2020
04:57 MYT
Tampar juruwang hamil, pemandu lori ais didenda RM1,500
Tertuduh Izuandy Efendi yang juga seorang pemandu lori ais telah dibebaskan selepas selesai membayar denda tersebut.
KLANG:Gara-gara menampar seorang juruwang hamil di sebuah pasar raya, seorang lelaki diarah membayar denda RM1,500 di Mahkamah Klang pada Khamis.
Tertuduh, Izuandy Efendi, 38, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Nor Amalina.
Pada 29 November lalu, tertuduh telah bertindak menampar seorang juruwang yang juga dalam keadaan hamil berikutan berlaku salah faham di sebuah pasar raya di sini.
Mangsa difahamkan secara tidak sengaja tercampak keluar barangan yang ingin dimasukkan ke dalam plastik ketika pembayaran di kaunter dalam kejadian sekitar jam 9.30 malam.
Rakaman insiden tersebut menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial menunjukkan isteri tertuduh mengadukan perkara tersebut sebelum tertuduh bertindak menampar mangsa.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Evangelin Simon Silvaraj.
Bagaimanapun, tertuduh yang juga seorang pemandu lori ais telah dibebaskan selepas selesai membayar denda tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mencederakan.
BACA: Tampar wanita hamil, pemandu lori ais ditahan
Topic Berkaitan
#tampar wanita hamil
#pemandu lori ais
#Klang
#Mahkamah Klang
#juruwang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan