awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tan Sri Mohd Yusof Hitam meninggal dunia akibat kemalangan

Bernama
Bernama
07/01/2022
05:07 MYT
Tan Sri Mohd Yusof Hitam meninggal dunia akibat kemalangan
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail selepas solat jenazah yang akan diadakan selepas solat Jumaat, hari ini.
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar dan Pengerusi Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) Tan Sri Mohd Yusof Hitam meninggal dunia petang semalam akibat kemalangan.
Ahli Majlis dan pengasas bersama ADAB, Mohd Arof Ishak yang mengesahkan perkara itu berkata Mohd Yusof, 86, menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 4 petang semalam di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
"Arwah terlibat dengan kemalangan di hadapan rumahnya di Bukit Damansara," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail selepas solat jenazah yang akan diadakan selepas solat Jumaat, hari ini.
Mohd Arof yang juga rakan kepada Allahyarham berkata arwah merupakan seorang yang tegas, amanah dan mempunyai tahap intelektual tinggi yang tidak sukar dicari ganti.
Allahyarham pernah menjadi Duta ke Republik Sosialis Vietnam pada 1976 sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi ke New Zealand pada 1978 dan juga pernah menjadi Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 1986.
Allahyarham yang berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri pada 1988 meninggalkan isterinya Puan Sri Michiyo Noor Azian Mustakim dan tiga orang anaknya.
Sementara itu Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di laman Twitternya, pagi ini.
"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tan Sri Mohd Yusof Hitam
#Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar
#Pengerusi Lembaga Peradaban Melayu
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan