awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah jerlus Masjid India: Anwar zahir simpati, jamin SAR diteruskan

Bernama
Bernama
25/08/2024
06:45 MYT
Tanah jerlus Masjid India: Anwar zahir simpati, jamin SAR diteruskan
Anwar memaklumkan beliau telah meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menemui keluarga mangsa. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warganegara India yang terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, akan diteruskan.
Anwar yang menzahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy berusia 48 tahun itu berkata, beliau telah meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menemui keluarga mangsa.
"Saya sudah minta DBKL jumpa keluarga (mangsa) dan kita lahirkan simpati (dengan kejadian) dan kerja (SAR) harus diteruskan. Ada masalah dengan tanah itu, kita kena selesaikan,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Pada insiden 8.22 pagi Jumaat (23 Ogos), mangsa sedang berjalan di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, sebelum tiba-tiba terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat tanah jerlus.
Difahamkan mangsa dan keluarganya dijadualkan pulang ke India pada esok harinya (Sabtu) selepas dua bulan melancong di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah jerlus masjid india
#Anwar Ibrahim
#operasi mencari dan menyelamat
#jaminan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan